Hanya Taipkan Nama Lagu, Dan Terus Mainkan MP3

Panjang kan tajuk entri kali ni? Hehe. Ok, kali ni saya nak tunjukkan tips mudah tentang bagaimana nak mainkan lagu kegemaran anda dengan pantas. Tak perlu buka Winamp atau Media Player terlebih dahulu, juga tak perlu buka folder satu-persatu untuk mencari MP3 tersebut.

Untuk cara ini, kita akan menggunakan software Launchy. Download dan install perisian tersebut. Kemudian, tekan Alt+Space untuk membuka Launchy. Klik kanan pada Launchy dan pilih Options.

launchy-mp3-01

Pergi kepada tab Catalog. Pada bahagian Directories, klik butang ‘+’ dan masukkan folder lagu anda. Manakala pada bahagian File Types, taipkan mp3 dan klik pada butang ‘+’. Kemudian, klik pada butang Rescan Catalog. Klik OK apabila selesai.

launchy-mp3-02

Buka semula Launchy dengan menekan Alt+Space. Sekarang, anda boleh mainkan lagu kegemaran anda dengan terus menaip nama lagu. Contohnya, saya hanya perlu taip “gan” sahaja, dan terus dipaparkan lagu Melly Goeslaw – Gantung. Tekan Enter dan lagu tersebut akan dimainkan.

launchy-mp3-03

22 thoughts on “Hanya Taipkan Nama Lagu, Dan Terus Mainkan MP3

  1. Salam…
    Baru je jumpa blog ni…bagus aah…banyak informasi.
    Ni nak tanya ni tapi pasal blog.Kalo blog kita da lama kat blog (blogspot/wordpress)
    free nak pindah pegi yang berbayar macamana ye?

  2. wah,menarik ni!tima kaseh.skarang saya bleh play lagu mp3 terus.toksah nak cari.saya ada satu soalan.Pc awak ada macam macam software kan?tak lambat ka?software apa awak pakai nak bagi pc awak laju?

    • @suhail: saya tak pakai satu software yang khas, tapi kalau awak nak PC awak laju awak tengok kat < href="http://sembangkomputer.com/5-cara-untuk-lajukan-windows-xp/">sini

  3. bagaimana kalau satu search tu mengeluarkan sepatutnya banyak hasil, tp adakah software ni just keluarkan satu jer?

    contohnya jika ada 4 lagu yang bertajuk CINTA tetapi berlainan artis, adakah semuanya akan tersenarai?

    atau hanya satu?

    psstt: saje aku tanye ntuk orang yg malu bertanya.. kui2…

    Entri terkini khai: 0308 – Allah selamatkan kamu

  4. admin.. boleh x tunjukkan kat mane leh dapat mp3 allah selamatkan kamu… nak buat surprise besday ni..please…

  5. slm doktor comp.saya dah ikut n3 tuan cara nk inst launcy.heran nape tak kuar media player kt tengahnya?so,takleh main lagu la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">