SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

Hanya Taipkan Nama Lagu, Dan Terus Mainkan MP3

21 July, 2008 (02:18) | Perisian | Oleh: MK

Panjang kan tajuk entri kali ni? Hehe. Ok, kali ni saya nak tunjukkan tips mudah tentang bagaimana nak mainkan lagu kegemaran anda dengan pantas. Tak perlu buka Winamp atau Media Player terlebih dahulu, juga tak perlu buka folder satu-persatu untuk mencari MP3 tersebut.

Untuk cara ini, kita akan menggunakan software Launchy. Download dan install perisian tersebut. Kemudian, tekan Alt+Space untuk membuka Launchy. Klik kanan pada Launchy dan pilih Options.

launchy-mp3-01

Pergi kepada tab Catalog. Pada bahagian Directories, klik butang ‘+’ dan masukkan folder lagu anda. Manakala pada bahagian File Types, taipkan mp3 dan klik pada butang ‘+’. Kemudian, klik pada butang Rescan Catalog. Klik OK apabila selesai.

launchy-mp3-02

Buka semula Launchy dengan menekan Alt+Space. Sekarang, anda boleh mainkan lagu kegemaran anda dengan terus menaip nama lagu. Contohnya, saya hanya perlu taip “gan” sahaja, dan terus dipaparkan lagu Melly Goeslaw – Gantung. Tekan Enter dan lagu tersebut akan dimainkan.

launchy-mp3-03

Popularity: 18% [?]

Entri berkaitan

Komen

Komen dari kita
Masa: July 21, 2008 pada 7:57 am

ermmm…menarik software ni…

[Balas komen ini]

Komen dari |1f34|-|1r3
Masa: July 21, 2008 pada 8:35 am

ah…satu lg benda open source yg menarik…yg tambah best nyer..dia ada skin…so leh bertukar paras rupa…ekkekeke

[Balas komen ini]

Komen dari Ixora
Masa: July 21, 2008 pada 10:17 am

wah,menarik ni! tapi, kena taip nama lagu setiap kali ke cmne?

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@Ixora: yup. takyah nama penuh pun takpe, biasanya Launchy akan auto-complete kan nama tu

Komen dari aman
Masa: July 21, 2008 pada 1:30 pm

nanti aku cuba try test software nie..huhu

[Balas komen ini]

Komen dari lieza
Masa: July 21, 2008 pada 2:35 pm

kwn2…tau tak nk donlod lagu best2 kt ner?

[Balas komen ini]

|1f34|-|1r3 Membalas:

ahhha..lari dari topik ni…tp boleh jer dibantu..nak lagu camana tuh ?

Komen dari affuan
Masa: July 21, 2008 pada 8:47 pm

makasih mk. ko memang budak baik. tapi jangan makan dedak ok. makan je nasik. hehe.

[Balas komen ini]

Komen dari KNizam
Masa: July 22, 2008 pada 11:46 pm

wahhhh theme yg sama lah. hehe :)

[Balas komen ini]

Komen dari avie
Masa: July 25, 2008 pada 11:46 am

Salam…
Baru je jumpa blog ni…bagus aah…banyak informasi.
Ni nak tanya ni tapi pasal blog.Kalo blog kita da lama kat blog (blogspot/wordpress)
free nak pindah pegi yang berbayar macamana ye?

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@avie:
kalau blog berbayar awak guna Wordpress.org, awak boleh ambil entri-entri lama dari blogspot atau wordpress.com, contohnya di sini

Komen dari kami
Masa: August 3, 2008 pada 9:26 pm

sy org baru kt sini…macam mana nk masukkan fail mp3 kt blogger??

[Balas komen ini]

Komen dari suhail
Masa: August 9, 2008 pada 7:03 pm

wah,menarik ni!tima kaseh.skarang saya bleh play lagu mp3 terus.toksah nak cari.saya ada satu soalan.Pc awak ada macam macam software kan?tak lambat ka?software apa awak pakai nak bagi pc awak laju?

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@suhail: saya tak pakai satu software yang khas, tapi kalau awak nak PC awak laju awak tengok kat < href="http://sembangkomputer.com/5-cara-untuk-lajukan-windows-xp/">sini

Komen dari khai
Masa: August 10, 2008 pada 2:59 am

bagaimana kalau satu search tu mengeluarkan sepatutnya banyak hasil, tp adakah software ni just keluarkan satu jer?

contohnya jika ada 4 lagu yang bertajuk CINTA tetapi berlainan artis, adakah semuanya akan tersenarai?

atau hanya satu?

psstt: saje aku tanye ntuk orang yg malu bertanya.. kui2…

Entri terkini khai: 0308 - Allah selamatkan kamu

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@khai: die akan kuarkan suma hasil.. jadi korang boleh spesifik kan lagi carian korang tu dengan masukkan nama artis

Komen dari anyy
Masa: August 13, 2008 pada 3:24 pm

waaaaa…best la topik kali nie..nt sy try..hehehe

[Balas komen ini]

Berikan komen