Tak Boleh Double-Click Pada Hard Disk
Soalan:
Mengapa saya tak boleh double-click pada partition dalam komputer? Contohnya, bila saya nak buka partition C, akan keluar dialog “Open With”. Saya dah scan komputer dengan antivirus, tapi masih takde hasil. Bagaimana saya nak betulkan semula masalah ni?
Penerangan:
Masalah ini biasanya berlaku setelah jangkitan virus. Virus biasanya akan datang bersama fail autorun.inf yang berfungsi untuk melancarkan virus tersebut apabila anda double-click pada partition. Apabila anda scan komputer dengan antivirus, ia akan membuang virus ini. Namun sesetengah antivirus tidak membuang fail autorun.inf, dan membiarkan ia tertinggal di dalam partition. Sebab itulah anda tak boleh double-click pada partition anda walaupun setelah virus dibuang.
Penyelesaian:
- Terlebih dahulu, pastikan virus di dalam komputer anda telah dibuang. Gunakan perisian antivirus seperti Avira.
- Pada Windows Explorer, pergi kepada menu Tools > Folder Options. Pada tab View, pastikan:
- Pilihan berada pada “Show hidden files and folders”
- Kotak “Hide protected operating system files (Recommended)” dikosongkan
- Buka partition yang bermasalah tersebut, dan buang fail autorun.inf
- Restart komputer
Popularity: 40% [?]
Entri berkaitan
Komen
Komen dari sya
Masa: June 11, 2008 pada 10:57 pm
yes, berkesan pun. hehe thanks !
hm, my pc ada problem lagi satu.
“run” sudah hilang.
and yeah, dah pernah cari kat settings suruh “run” appear tapi takde pun. help? :)
syas last blog post..backstabber
Komen dari faiz
Masa: July 1, 2008 pada 6:02 am
mcm ner kalo hal cam niy berlaku kat pendrive? sbb pendrive sy pun kene cam niy.. bile masuk pendrive then klik kat pendrive tuh.. kuar open with.. gune skill yg same cam niy jugak ke
Komen dari isma
Masa: July 15, 2008 pada 11:52 am
pc saya plak bila double clik terus keluar search. dah scan virus sumer tak boleh jugak
camne ek
Komen dari fazarul
Masa: July 20, 2008 pada 12:16 am
pc sy sentiasa running/scan. maslah sekarang pc sy menjadi lembabdan x dapat berfungsi dengan baik….tolong le
Komen dari riena
Masa: July 28, 2008 pada 10:56 am
Masalah saya,selalu dapat trojan.autorun.pj.Saya guna bitdefender antivirus.Setiap kali buka laptop mesti keluar benda yg sama.Sesape boleh tolong saya mcm mana nak hilangkan virus tersebut.Plsss
Komen dari asri saffuan
Masa: August 4, 2008 pada 12:06 pm
knape selepas saya fomat dan instal driver saye tidak boleh instal anti virus. berikan saye anti virus yang terbaik. sekian terima kasih
Komen dari pendit
Masa: August 5, 2008 pada 10:51 am
saya nk tnya..
mcm mana nk buat backup files sebelum format hard disk..??
kt dlm ni bnyak menerangkan tentang buat partion jer..
boleh terangkan mcm mana nk buat backup file sebelum format hard disk..???
Komen dari Dinz
Masa: August 9, 2008 pada 10:38 am
Salam..MK…saya dah try wat macam nie ‘Pilihan berada pada “Show hidden files and folders” dan Kotak “Hide protected operating system files (Recommended)” dikosongkan’…tapi..selepas klik pada “Apply”..ia kembali semula seperti sediakala..masalahnya,saya tak boleh lihat item yg hidden dalam mana2 windows..adakah benda tu disebabkan virus?..mcm mana nak lihat item2 yg hidden tu??dan cara penyelesaian nya?…
August 9th, 2008 at 11:22 am
@Dinz: hmm, sebab virus la nie.. Brontok rasenye. ada setting kat registry yang kena ubah klu jadi camni. nanti saya tengokkan ek
Komen dari lut
Masa: August 17, 2008 pada 1:30 am
askum…khai aku der masalah la ngn laptop aku..nak minta tolong. boleh?
baru2 ni laptop aku hang..then pastu aku cadang nak instal windw baru..tapi bila aku cuba restart akunye lptop..dia x detect harddsk..
so camner?
aku x nak hilang data, jadi aku beli externnel case..aku kluarkan hardisk, tapi hardsik tu x der respon apa2..
cam ner ek?..aku rasa hardisk tu ade masaalah..ko leh tau cm ner nak baiki harddsk tu?..
hardisk = seagate = 40 bg
yang penting sakung aku dapat kuarkan data jer…please help me..
August 18th, 2008 at 4:28 pm
@lut: laptop ko pakai hard disk sata ke? kalau pakai hard disk sata, ikut cara ni.
Komen dari Dinz
Masa: August 19, 2008 pada 2:32 pm
Salam MK..Owh..sbb virus brontox ek?..ermm..rasenya tak de ubah ape2..selepas ‘diserang’ dek virus2 degil tue..kom aku jd tak tentu..mcm masalah yg aku gtau tue la..ade item yg aku hidden tak blh nampak blik..terpaksa la guna manual nyer cara…
Dan satu lagik masalah aku nie MK..Aku nyer Taskbar dah berubah gi belah kana monitor..die dah berdiri kat tepi kanan screen aku tue haa..aku dah try drag die blik ke tmpat asal..tp tak dpt..dah try ‘unlock the taskbar’then drag…still tak blh..ade cara lain tak mcm mane nak letak die ke tempat yg asal?..I mean kat ‘bawah’..Thanks MK…
Komen dari alonqexe
Masa: September 18, 2008 pada 8:44 pm
terima kasih MK. Pendrive baru kena virus, tak syok betul. Nasib baik boleh buat camni.
July 3rd, 2008 at 2:16 am
@faiz: ye, guna cara yang sama gak