
Nak cari tema WordPress yang cantik-cantik di Internet adalah satu perkara yang mudah. Namun, nak cari tema yang cantik serta baik budi pekerti CSS nya, adalah satu perkara yang lain pula. Nak lagi apabila keperluan CSS saya sangat cerewet, dengan tujuan memastikan pembacaan di Sembang Komputer dipersembahkan pada tahap yang optimum.
Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat dari Bat InfoMalaya bagi membuat satu tema yang khas untuk Sembang Komputer. Hasilnya adalah seperti apa yang anda lihat sekarang, sebuah tema yang minimalistik dan menarik, hijau sejuk mata memandang.
Jadi, jika anda juga ingin mendapatkan khidmat tema WordPress khas untuk blog anda, segera dapatkan khidmat Bat! Kerana beliau hensem dan pandai membuat tema. Kalau Bat sibuk, anda juga boleh dapatkan khidmat dari banyak designer tempatan yang lain seperti Flisterz, AbdusFauzi, Aisyah Rozi, Izzudin Helmi, dan ramai lagi. Susahkan mereka sementara cuti semester ni. Jangan cari saya, saya tak pandai >_<
Masih ada beberapa perubahan kecil yang saya ingin lakukan pada tema ini, Insya-Allah. Harap-harapnya dengan tema baru ini, saya akan lebih bersemangat untuk menulis artikel-artikel baru, di celah kesibukan masalah kerja dan peribadi. Mudah-mudahan, doakan saya ye.
Oh ya, apa pendapat anda tentang rupa baru Sembang Komputer? Segala pendapat, cadangan, dan kritikan amatlah dialu-alukan di ruangan komen :)
cantik, kemas dan mudah..kalau hari2 masukkan artikel, tips @ berita orang akan jadi seronok membaca, mempelajari, mencuba dan macam2 mem lagi…
ringkas dan cantik..
saya nak buka pun laju, x payah tunggu lame..
@jat9: Laju ye, bagus la. Puas si Bat berjaga tengah malam untuk memastikan kepantasannye.
hoho warna hijau memang kacak untuk dijadikan tema blog..
@topop: Sekacak tuan empunya blog.
gimme five topo!
Nice~ Hijau yang cantik..Memang susah pun nak cari theme yang lawa-lawa dengan CSS yang elok..hajat di hati nak tukar yang baru..tapi belum jumpa lagi yang berkenan di hati :P
@Kak Waida: Takpe, bunga bukan sekuntum, tema WordPress bukan sekeping…
MK, you have been TOPOTATOED! hahaha. Surely, Topo will jump of happiness seeing you are using green nowadays, LOL.
@abdusfauzi: Ces, terpengaruh dengan topo la ni.. remaja memang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.
hahahaha cam best je topotatoed.. hehehe boleh jadi fenomena baru ni… hahahha
Menarik dan sempurna, kerana ia nampak mudah dah ketelitian. Terima kasih.
hoho tahniah ada theme baru.. moga lebih sukses selepas ini… huhuhu… jelesnya.. bila la aku nak ada theme yg best untuk kaler merah hitam…
@Kill-Vearn: Kalau terasa tengah kaya hire la sorang designer untuk custom theme :p
Terima kasih jugak kepada Khairul sebab bagi kepercayaan kat MentariWorks. =)
p/s: Apa kena mengena hensem dengan tema wordpress?? huhu..
@Bat: Orang kata tempa WordPress melambangkan peribadi. Hahah.
[...] Blog SembangKomputer milik salah seorang penulis jemputan InfoMalaya, iaitu saudara Khairul telah dihijaukan. Rekabentuk oleh yours truly. Tujuan entri ini dibuat ‘bukan’ untuk memberi alasan kenapa aku dah lama tak menulis kat sini. Harap Maklum. =P [...]
smart siot theme ni..
aku suke hijau..
Salam MK, bagaimana hendak memasang Entri berkaitan di bawah setiap posting seperti anda?
@myindie: Saya gunakan plugin untuk WordPress. Untuk Blogspot, kena edit sendiri pada template dia.
tak de apa lagi nak kata….
kak jie peminat hijau…
:)
MK, comel macam kau jugak :)
Btw, kawasan header tu agak besar, kau nak letak apa kat situ>
@azwan: Wah. Kata orang, tema blog melambangkan peribadi :p
Tu la, kesian title tu duduk sorang2. Nanti kalau ada iklan ke, announcement ke, letak kat situ la.
KM, bln depan 20/06 kak jie nk sambut ulangtahun pertama guna domain dan hosting….ingat nak tukar theme juga..tapi belum jumpa..ada idea?
saya suka hijau
i love green
aku sukak ijo
hahaha
kenapa warna hijau ? terangkan motif anda
sebab hijau itu muda remaja…hahaha
tgok daun..tgok pokok…daun hijau tu sihat…dpt berfotosintisis
@Kak Jie: Blog Sembang Komputer kan green peace, bersama mengurangkan global warming.
@life4Hire: Macam Kak Jie kata, hijau itu muda rumaja. Dan saya amat muda dan remaja. Dan pandai mengambil hati ibu mertua.
Suka dengan themes ini sebab nampak easy reading.Warna hijau memang tak dinafikan sesuai dengan mata kita.
@rbc: hijau tu kan warna kegemaran Rasulullah :)
Terus terang (memang dah terang pun..hehe) Ini adalah first time saya nak komen dalam laman ni. Tapi mesti saya ada sebabnya;
1) Memang betul ada perubahan bentuk dan warna asasnya.
2) Tulisan didalam kotak di bahagian footer tak berapa ‘jelas’ seperti dikerat dua bahagian rasanya, memandangkan ada ruang warna hijau dan warna background website disitu.
3) Bila warna background cerah ‘akan memakan kuasa bateri laptop saya bila saya surf kat ‘open public’ umpamanya..(ala biasalah benda free (Wifi la saya maksudkan..)
4) Mungkin ruang kosong yg ada itu boleh diletakkan ruangan iklan yg boleh sdr MK suggestkan pengunjung utk membeli produk yg tepat dan betul tanpa rasa ragu-ragukan..
Akhir kata;
“Lihat anak orang teringat anak kita”
“Tengok website orang tak teringat nak update website sendiri”
Sekian. Wasalam
@bard:
2) oh, tulisan kat footer tak jelas je. Mungkin sebab font capital yang kecik, dan warnanya kot.
3) mungkin saya akan tukar dengan background yang lebih gelap, mesra alam sket :)
4) ruang kosong tu memang direka khas oleh Bat untuk tujuan pengiklanan
terima kasih atas komen2 awak ye, sangat dihargai :)
fuhhh memang cun gila ler
bro thanks…..
cn giler skrang, laju pun laju…huhu..
lebih laju dari yang dulu. cool! =)
pendapat aku same dengan diaorang
semua… mudah cepat & berkesan..
laju pon laju loading.
*aku suke 3 column macam ni.
nampak teratur beb.
@Keruger: Aku memang berkira pasal column ni. Mesti nak 3 column gak, hehe.
BTW, maybe hang kena wat logo baru tuk SembangKomputer kot MK. Tulisan tue nampak kecik sgt ar. :P
@aman: Logo baru eh. Mungkin. Kalau ada siapa-siapa nak buatkan untuk aku secara percuma, sebab duit dah abis la ni :p
Sehiaju sehening wah.,.. Cun bro..
Hencem la.. Memang cool.. IM tempatan yg design…
Cool.. Nice job Bat..
hijau penyedap mate..
kaler ala2 henset SE err.. x ingt model pe..
xnk letk iklan ke?
@ibnmasir: Ingat nak letak gak iklan sekepin dua, nanti InsyaAllah.
Menarik! I like
;)
pilihan yang baik untuk mata.. tapi nampak cam kosong.. tapi mungkin mata aku je kut.. apapun good JV effort!!
@mr.azrul: Part header tu memang kosong pun. Takde masa lagi nak mengisi nye, huhu.
Selamat Hari Guru, KM
Jasamu di kenang….
@Kujie: Wah, macam tak layak la saya ni dipanggil cikgu. Apa pun, terima kasih Kak Jie :)
Wah, kena mintak gak ngan Bat nih tp malu laa plak. Huhuhu!!!
@Eriyza: Toksah malu de, Bat tu penyayang orangnya :p
proffffffffffffffffesional.
tu je nak kata :D
salam kenal dari aku, baloot.
MK, theme ni cantek. simple n kemas. tapi nampak tak meriah sngt. cuba tambahkan gambar2 ke kat sidebar. mybloglog reader ke.
apa2 je la yg ko rasa menarik.
anyway, semua category, n related post tu tak setting lagi eh?
@baloot: Uh huh, aku memang biasa hidup dalam ke-simple-an, eceh. Ingat memang nak tambah lagi apa2 kat sidebar dengan header tu.. suatu hari nanti :p
waaahh! dh btuka wajah ya! best~simple sgt rsa :)
[...] Blog SembangKomputer milik salah seorang penulis jemputan InfoMalaya, iaitu saudara Khairul telah dihijaukan. Rekabentuk oleh yours truly. Tujuan entri ini dibuat ‘bukan’ untuk memberi alasan kenapa aku dah lama tak menulis kat sini. Harap Maklum. =P [...]
MK saya nak kamen pasal Magnifier Taip dan tekan Enter tu knp X pasang link kpd artikel yg berkaitan. Kalau buat mcm kan lebih sempoi! hu..hu..suke2 komen blog orang..
K.I.S.S. = Keep It Sweetly Simple
SK…
buatlah entri koleksi template2 utk blogspot yang lawa2…
puas dah carik utk ‘refresh’ my tired-looking blog nih.. hurm…
@shandye: Huhu, tuan rumah pun bertemplate kan Minima je kat Blogspot dia.. idak le gheti bertemplate2 fancy ni :P
currently mmgla minima je sbb dah buang template yg lama.
huhu…
salam. bagaimana nak buat banner untuk blog yang boleh diletakkan pada header?