Dah menjadi fitrah, manusia adalah makhluk yang pelupa. Dan kadang-kadang, manusia juga terlupa password bagi administrator Windows. Alamak, kes berat tu. Kalau lupa password untuk admin, macam mana nak akses Windows?

Relaks, jangan panik. Jangan format dulu Windows anda, kerana ada cara untuk reset password dalam Windows ni. Reset password bermaksud anda mengosongkan password tersebut, membuangnya supaya administrator tidak mempunyai password. Selepas reset password, anda boleh login ke akaun administrator dengan mudah.

Kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara untuk reset password Windows dengan menggunakan Offline NT Password & Registry Editor. Terlebih dahulu, download fail ISO bagi Offline NT Password & Registry Editor dan burn ke dalam CD. CD dah sedia, jom ikut langkah-langkah di bawah (klik pada setiap imej untuk besarkan):

  • ON kan komputer anda dan masukkan CD. Pastikan komputer akan boot dari CD.
  • Mula-mula sekali, boot menu akan keluar. Tekan Enter sahaja untuk mulakan Offline NT Password & Registry Editor.

Step ONE: Select disk where the Windows installation is
Langkah PERTAMA: Pilih partition yang mengandungi folder Windows

  • Offline NT Editor akan memaparkan senarai hard disk yang dijumpai, serta partition yang mempunyai Windows. Pilih partition Windows anda dan tekan Enter.
  • offline_nt02

Step TWO: Select PATH and registry files
Langkah KEDUA: Pilih folder yang mengandungi fail registry

  • Offline NT Editor akan meminta anda memasukkan PATH bagi folder registry. Biasanya anda tidak perlu risau akan hal ini, anda hanya perlu tekan Enter sahaja.
  • offline_nt03
  • Pada paparan seterusnya, pilih 1 – Password reset [sam system security]
  • offline_nt04

Step THREE: Password or regsitry edit
Langkah KETIGA: Ubah password atau registy

  • Menu Chntpw akan keluar. Pilih 1 – Edit user data and password.
  • offline_nt05
  • Di sini, anda harus pilih akaun yang ada hendak ubah. Taip 0x<RID> atau taip nama user tersebut. Sebagai contoh, jika saya ingin memilih akaun Khairul, saya perlu taip 0×03eb atau Khairul
  • offline_nt06
  • Kemudian, pilih 1 untuk kosongkan password.
  • offline_nt07
  • Proses reset password kini telah selesai. Taip ! untuk keluar, kemudian taip q bagi memastikan operasi tadi dijalankan.

Step FOUR: Writing back changes
Langkah KEEMPAT: Jalankan operasi

  • Taip y bagi memastikan segala operasi yang telah anda lakukan tadi dijalankan.
  • offline_nt08

Setelah selesai, kini anda boleh restart semula komputer anda dan login ke dalam akaun administrator tadi. Selamat mencuba, InsyaAllah ^^

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , ,

44 Responses


  1. Mira on 28 Feb 2008

    Cam complicated jugak ye.. Maklum la, saye cam buta IT cket. Haha.. Dan mungkin berguna jugak buat sy nanti sbb sy nie pelupa la gak cket. Dah berkali2 tukar password. Mane la nak ingat sgt. =P

    Thanks for the tips! =)

    Mira’s last blog post..I need life too

    • Muhammad Khairul on 28 Feb 2008

      Mira »
      tak rumit sangat sebenanye… just follow the instructions. mungkin sebab interface die command line, nampak agak menakutkan, hehe.

  2. Abg. Senior on 28 Feb 2008

    Nak tanya sket. Version ni support SATA hard disk x? Vista? Dah pernah test on system running SATA hdd and Vista?

    • Muhammad Khairul on 28 Feb 2008

      Abg. Senior »
      aku dah try pada Windows XP on SATA, takde masalah.
      Vista tak try lagi. kalau ikut documentation, Vista memang dia support.

      • uckhrp on 09 May 2008

        Mas uda dapat solusinya ngg klo ngereset password di win vista gunakan software nt password.
        aku ud coba tapi ngg berhasil.
        tplong dibantu dunk mas.
        terima kasih ya sebelumnya

  3. kita on 28 Feb 2008

    kita pernah guna software ni tapi kadang-kadang susah untuk pengguna yang buka it..betul tak bro

    kita’s last blog post..Buat Blog dan Local Web Server Di Linux Ubuntu

    • Muhammad Khairul on 28 Feb 2008

      hmm, mungkin agak rumit sedikit.
      tapi kalau semangat nak belajar ada, InsyaAllah ini bukan masalah..

  4. kaizen on 28 Feb 2008

    bro nak tanya ckit,boleh tak kita install windowxp automatik.makananya kita x payah isi nama komputer,workgroup…..kita siap-siap beri nama tu.

    kaizen’s last blog post..Student Loans Consolidation – Eradicate Debt From Your Life

    • Muhammad Khairul on 28 Feb 2008

      kaizen »
      boleh. ini dipanggil windows unattended installation. langkah-langkah terperinci untuk unattended installation akan saya jelaskan dalam pos akan datang, insyaAllah

  5. susumasam on 26 Mar 2008

    em… camne klu manusia tu rename akaun administrator?? bleh gak ke… utk sbb aku gatal tangan, so aku rename akaun administrator tersebut… harharhar…

  6. zaki blogjer on 30 Mar 2008

    Klu kita repair XP, dia akan reset password tak? Aku ada PC, missing file system, do dia soh repair XP

    zaki blogjer’s last blog post..Maybank Visa Debit Card

    • MK on 30 Mar 2008

      zaki blogjer » kalau nak repair XP yang guna command prompt tu, dia akan minta password dulu. kalau repair yang install Windows tu dia tak mintak password, tapi tak pulak reset password

  7. uckhrp on 09 May 2008

    salam kenal semuanya.
    saya mo tanya kira2 mas2 mbak2 yang uda punya pengalaman nggak ngereset password di win vista gunakan software nt password ?
    saya nggak pernah berhasil nie
    mungkin ada teman yang berhasil ngerest di win vista mohon bantuannya ya.

    • Muhammad Khairul on 10 May 2008

      @uckhrp: saya sendiri belum cuba lagi Offline NT Editor ni pada Vista. nanti saya akan cuba kemudian, ya. stay tuned ^^

  8. mimi on 21 May 2008

    saya nak minta tolong sangat2…saya da download adobe reader 8.1.2 untuk pdf format..tapi bila saya download file dari internet yang guna pdf format..langsung tak dapat buka..da banyak e-book saya beli..tapi sayang tak dapat buka…saya minta tolong camna cara nya nak download pdf format dalam komputer saya ni.dans aya dapat guna sampai bila2..tolong ya…tq..

  9. dekan on 24 May 2008

    whoa.. baru nak tulis entri ni.. dah ada rupanya. Boleh redirect je la camni. Hehe. Tapi kalo rajin tulis la.. Hik2

  10. biskut on 07 Jul 2008

    mcm mana nak repair thumb drive sekiranya ada error “access denied” tanpa perlu format..biasanya berlaku selepas antivirus cleankan virus pada thumb drive tersebut..tq

  11. MU on 25 Jul 2008

    saya dah cuba software ni, mmg berbaloi hehehe
    tima kaceh sedara MK

  12. ayung on 07 Aug 2008

    cmna nk dwnload AVG 8.0 n cra nk install kat window vista..
    saya dah try bkali2 tp asyik ckp error jak..
    huhuhu

  13. suaji on 21 Aug 2008

    ape susah2..
    pkai je software Ophcrack..
    lg bgus..
    leh tgk password windows dgn linux lg..
    tp kene burn dlm cd laa..
    wat cd live..

  14. Amin on 09 Sep 2008

    salam..bro,kat web nak donlod file ISO tu ade 2 file kan. cd080802.zip dan 080526.zip. adakah perlu utk donlod dua² file ni?? atau salah satu?

    • MK on 10 Sep 2008

      @Amin: awak download salah satu je. yang lebih terbaru adalah cd080802.zip

  15. daniel on 15 Sep 2008

    thanks!!saya bnyk dpt info melalui s.k ni.Layari web sy http://www.muhddaniel.tk..sy budak baru belajar.. :)

  16. Zamri on 22 Sep 2008

    Salam,

    Bagaimana nak reset password yang telah disetkan pada drive D:\ ?

    Terima kasih.

    • MK on 25 Sep 2008

      @Zamri: Salam, awak set password guna software ape ye?

  17. Agung on 29 Sep 2008

    bos aq ada kasus ni…
    ada pc pakai vista home basic n’ terlupa password, setelah searching aq temuin program ini, semua langkah dah saya lakukan, dan hasilnya nihil = 0 alias g ngefek.
    tolong kasih arahan ya bos penting nih urgent…
    thanks

  18. joewie on 23 Nov 2008

    saya dah download tapi nak bukak di winzip dia error nape ye mintak tolong baru blajr

    • MK on 25 Nov 2008

      @joewie: hm, kalau tang bukak winzip dah error, rasenye fail yang awak download tu tak abis (korup). cuba download lagi sekali.

  19. SaLaZ on 11 Dec 2008

    satu lagi cara guna winternals erd commander..yg ni boleh hack n reset skali admin2 dlm local area network..dah penah try n boleh guna dgn jayannya..konsep sama sahaj mcm offline nt password ni

    • MK on 11 Dec 2008

      erd commander, pernah dengar tu. thanks for the info :)

  20. syed adie on 05 Jan 2009

    hehe…lagi besh kalau korang leh tengok terus password tu…try OpCrack, download ISO die, pastu leh run n creack windowsXP password….cool x? try la…boleh tengok sini…

    http://ophcrack.sourceforge.net/

  21. [...] sinilah anda boleh menggunakan Offline NT Password & Registry Editor. Selain dari reset password Windows,  boot CD ini boleh digunakan untuk mengubah nilai registry, sama seperti regedit. Oleh kerana [...]

  22. su on 05 Mar 2009

    sy dh dwnload file tp ble extract ada error… knpa erk? tlg?????

    • MK on 08 Mar 2009

      @su, besar kemungkinan fail yang awak download tu dah korup. Cuba download sekali lagi.

  23. isma on 06 Mar 2009

    MK, saya nak tanya macam mana pulak nak resetkan password bios

    • MK on 14 Mar 2009

      @isma, awak kena cabut bateri CMOS kat motherboard, dan pasang balik. Lepat tu password pada BIOS akan hilang.

  24. Petrick on 14 Mar 2009

    macam mana nak burn/extract .iso tu ke USB pendrive.Macam rugi pkai CD tapi burn hanya 3 MB je.

    • MK on 14 Mar 2009

      @Petrick, setakat ni takde lagi pilihan untuk guna Offlien NT Editor ni dari USB drive, hanya ada dari CD dan disket je.

      Lagipun CD skang tak sampai seringgit pun, tak ruginye :)

  25. nurul on 07 Apr 2009

    ada x free download utk malay to english translation software? software tu yg kta bleh install dlm pc dan bleh guna wktu offline.

    • elmy on 08 Apr 2009

      @nurul:- Setakat saya belajar tentang software ni, belum ada rasanya software untuk terjemah secara offline. Tetapi kalau untuk online, kita boleh gunakan citcat.com kerana ianya senang dan cepat.

  26. jon e d on 13 May 2009

    guna ophcrack pun ok gak. blh terus tunjuk id dgn password admin & user. I pernah guna tp x reti nk terangkan bagaimana nk dapatkan. nk kena burn gina iso files.
    Harap tuan akan paparkab tutorial pd masa akan dtg psl ophcrack ini. t.kasih

    • MK on 15 May 2009

      @jon e d: InsyaAllah, kalau ada kesempatan. Menarik gak main ophcrack ni.

      • harun on 17 May 2009

        bagaimana nak hilangkan password pada HDD semasa boot notebook.
        password ditulis utk tidak menukarkan hard disk.. tapi org terdahulu tak ingat password tersebut..tolong saya sebab tak boleh b uat apa apa dgn note book tersebut


Leave your comment