Setiap kali anda memasukkan USB drive kepada PC, drive letter bagi USB drive tersebut akan berubah-ubah. Contohnya, kadang – kadang USB drive anda berada pada H:, dan kadang – kadang ia berada pada I:. Keadaan ini berlaku kerana Windows akan meletakkan mana-mana drive letter yang tidak digunakan kepada USB drive tersebut.

Tahukah anda bahawa anda boleh menetapkan USB drive anda kepada satu drive letter khas? Ini sangat berguna jika anda selalu membuat backup terhadap USB drive anda. Ikuti langkah – langkah di bawah.

  1. Tekan Win + R untuk membuka kotak Run, taipkan compmgmt.msc dan tekan Enter
    compmgmt
  2. Pergi kepada Disk Management 
  3. Right-click pada USB drive anda dan pilih Change Drive Letter and Paths…
    usb-drive-letter-01
  4. Perhatikan drive letter bagi USB drive anda. Klik Change untuk mengubah drive letter tersebut dan klik OK
    usb-drive-letter-00
  5. Kemudian, klik pada butang Add
  6. Pada window yang berikutnya , klik pada butang Browse
  7. Buat satu folder kosong dalam hard disk anda, dan pilih folder tersebut. Klik OK
    usb-drive-letter-02
  8. Pada window yang seterusnya, klik OK
    usb-drive-letter-03 
Related Posts with Thumbnails

Tags: ,

3 Responses


  1. alonqexe on 18 Sep 2008

    Terima kasih! =) Senang keje pasni.

  2. siti zauyah on 02 Nov 2008

    masalah komputer hang

  3. apai on 23 Jun 2010

    assalamualaikum, saya ada masalah besar tenteng Laptop saya. model Acer aspire 4520. masalahnya bila saya on n loading windows vista sekejap saja terus skrin jadi gelap, kekadang putih n jadi line banyak melintang pada skrin LCD tu….. adakah ini masalah skrin LCD atau masalah lain……. kekadang saya buka boot pun skrin jd semacam yang saya kata kan. mintak dapat pertolongan dari sesiapa yang berkenaan la…….


Tinggalkan komen anda