Gunakan Threaded Comments Dalam WordPress

comments-01

Oleh kerana Sembang Komputer merupakan blog teknologi, selalunya ada sahaja soalan-soalan yang masuk ke dalam ruangan komen, walaupun pada entri-entri lama. Oleh sebab itu, saya suka menggunakan fungsi threaded comments, iaitu komen bertingkat supaya saya dapat membalas komen itu secara khusus. Jadi orang yang bertanya soalan itu pun mudah untuk mencari jawapan yang diberikan oleh saya atau pengunjung yang lain.

Selain itu, kelebihan komen bertingkat ini juga ialah anda akan mendapat pemberitahuan melalui emel sekiranya komen anda telah dibalas. Jadi anda tak perlu semak komen anda setiap hari untuk menunggu jawapan.

Untuk mengaktifkan fungsi threaded comments ini dalam WordPress, buka Dashboard anda dan pergi ke bahagian Settings > Discussion. Di bawah bahagian “Other comment setting”, tandakan pilihan “Enable threaded (nested) comments”. Anda juga boleh tetapkan berapa dalam komen bertingkat dibenarkan.

comments-02

Walau bagaimanapun melalui percubaan saya, threaded comments ini hanya berkesan kepada tema-tema tertentu sahaja, seperti Kubrick. Bagi tema-tema lain, anda masih memerlukan plugin seperti WP Threaded Comments ataupun Brian’s Threaded Comments.

4 thoughts on “Gunakan Threaded Comments Dalam WordPress

  1. Pingback: Balas Komen Dengan WP Threaded Comments | Sembang Komputer

  2. kawan-kawan minta tolong
    aku punya komputer bila nak buka drive c;
    mesti keluar “open with” macamamana nak buat bagi jadi asal balik.tolong…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">