Tiga Lagi Blog Komputer Tempatan Untuk Dilawati

Seronok rasanya setiap kali melihat blog teknologi tempatan yang baru muncul dengan kandungan yang berkualiti. Lebih menarik lagi apabila setiap blog ini mempunyai identiti yang tersendiri, samada dari segi topik yang diketengahkan mahupun gaya penulisan.

Selain daripada senarai blog komputer  dalam Bahasa Melayu tempoh hari, Sembang Komputer ingin memperkenalkan tiga lagi blog komputer tempatan yang mempunyai keunikan masing-masing. Semoga kita semua dapat memanfaatkan apa yang dikongsi oleh mereka:

tech it

Blog teknologi berbahasa inggeris ini mengetengahkan berita terkini berkaitan teknologi, tutorial, serta reviu berkaitan persian dan gajet. Blog ini ditulis oleh ramai penulis, dan mereka juga mengalu-alukan penulis undangan untuk menyumbangkan artikel.

Sumber Terbuka Dot Net

Jelas pada namanya, blog ini dibina khusus untuk segala hal yang berkaitan dengan Open Source (sumber terbuka), dari GNU/Linux sehinggalah aplikasi web. Antara maklumat yang disediakan termasuklah berita, tutorial, dan juga reviu.

Sufian.info

Blog peribadi milik Sufian ini pula banyak berkongsi ilmu yang berkaitan dengan perkakasan. Bukan sahaja dari segi teori asas mengenai satu-satu perkakasan, blog ini juga turut menyertakan tutorial amali yang boleh anda praktikkan.

Ada cadangan untuk blog komputer yang lain?

Jika anda mengetahui blog komputer yang lain, cadangkannya di ruangan komen! Atau anda juga boleh mula menulis blog komputer anda sendiri, sekarang.

Sebenarnya perkara yang paling susah setelah memiliki blog adalah untuk mengekalkan istiqamah dalam menulis entri (Sembang Komputer pun tidak terkecuali daripada masalah ini). Semoga semua blog-blog yang telah disebutkan di atas dapat terus menulis dengan konsisten untuk berkongsi ilmu dengan semua =)

24 thoughts on “Tiga Lagi Blog Komputer Tempatan Untuk Dilawati

    • Uit, mengelirukan ke ayat tu. Maksudnya kalau ada mana-mana blog komputer lain yang nak tambah, tulis la kat komen. Tak kisah la blog orang ke, blog sendiri ke.

      Ok2 dah tukar ayat dah, huhu.

  1. Salam,

    1. http://www.symbianku.com juga adalah sebuah blog yang berkaitan dengan komputer iaitu teknologi telefon pintar (smartphone) yang menggunakan sistem operasi sumber terbuka Symbian.

    2. http://www.symbianku.com adalah satu-satunya blog berkenaan Symbian yang menggunakan Bahasa Melayu.

    3. Semoga apa yang kita laksanakan kini akan memberi manfaat kepada anak-anak bangsa dan juga memberi sumbangan kepada pembangunan agama, bangsa, dan negara yang kita cintai. Amin :-)

    - Asri al-Baker

    • Oh terima kasih, dah banyak rupanya entri dalam SymbianKu ni. Nanti saya sertakan dalam entri akan datang, InsyaAllay =)

  2. salam semua,
    saya pun nak rekomen blog komputer saya disini…
    http://www.seepot.wordpress.com

    blog ni saya bukan saje2 buat tapi utk memudahkan kerja-kerja saya dalam membaiki komputer saya serta rakan-rakan….

    tapi maaf la MK,
    kebanyakan entry disitu saya ambil dari MK dan beberapa rakan internet yg lain…

    namun, MK tetap the best!!!

    • seepotseedot, sangat tidak digalakkan untuk mengambil entri bulat-bulat daripada orang lain, lebih-lebih lagi kalau awak tak minta izin tuan punya terlebih dahulu, walaupun awak letak kredit…

  3. terima kasih kerana perkenalkan blog saya yg tak seberapa tu :)

    sebenarnya blog sembangkomputer.com ni lah salah satu blog inspirasi utk saya sebarkan ilmu juga..

    sembangkomputer.com memang best!

  4. Saya nak calonkan diri sendiri..haha..
    Tapi blog MK memang terbaik..Ramai otai-otai cam ST dan EiNS pun singgah sini. Cari gak untuk exchange link kat sini tapi tak kutemu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">