trueSpace: Perisian Animasi 3D Percuma dari Microsoft
trueSpace adalah sebuah perisian animasi 3D yang membolehkan anda membina objek, bangunan, lanskap, dan pelbagai lagi kandungan 3D. Kandungan 3D ini boleh digunakan sebagai imej, wayang pendek, simulasi, dan sebagainya. Anda juga boleh letakkan hasil rekaan anda di Virtual Earth.
Perisian 3D seperti ini biasanya dijual pada harga yang mahal, namun baru-baru ini Microsoft telah membeli syarikat tersebut dan mengumumkan bahawa trueSpace boleh dimuat turun secara percuma. Anda boleh dapatkan trueSpace dari laman web Caligari dengan mendaftar terlebih dahulu.
Oleh kerana trueSpace digunakan untuk membuat model dan animasi 3D, ia memerlukan kemampuan komputer yang agak tinggi, terutamanya dari segi RAM dan kad grafik. Jika anda terlibat dalam bidang animasi 3D atau game design, anda pasti akan menyukai trueSpace.
Popularity: 20% [?]
saya memang minat tapi kurang peralatan dan masa untuk menceburkan diri..tp saya akan simpan maklumat ini untuk masa akan datang…tq brooo
@kita: aku pun sama, minat ada tapi kurang masa. lagipun software cam ni biasanya ada learning curve yang agak tinggi untuk newbie..
satu software yg menarik utk diterokai
serius dr Microsoft? hehe.. cam x percaya lak Microsoft ade nk bg mende free.. =)
tq for sharing..
Memang Microsft ada benda free. Contohnya Microsoft Visual Studio 2008 Express Edition. Cube tengok link ni http://www.microsoft.com/express/ . Harao membantu
@Mohd Ismail: cam tak percaya kan kan? rasenye dorang beli trueSpace ni sebab nak bersaing dengan Google SketchUp..
microsoft pun dah join bandwagon freeware ngan opensource eh. hehe :)
@KNizam: bagus la.. dah sampai masa Microsoft jadi baik.. huhu
ni la bagusnya freeware ngn open source…leh tukarkan kompeni evil kpd baik…hahaha….kalau la linux ramai org pakai, ntah2 windows nnti turun harga….hahhaha…
Entri terkini melayubuntu: Atheros keluarkan 802.11n driver untuk Linux!
erkhh.. jadi baik? jangan ade udang disebalik mee udah…
new software!
aku ni masih baru dalam dunia it ni..
jadi masih banyak yg perlu aku belajar.
keep it up bro!
Entri terkini mashyar90: Kamal Ataturk..erk?