Tukarkan Fail PDF Kepada Word Dengan SomePDF
Baru sahaja saya menulis sebuah entri tentang cara-cara menukarkan dokumen kepada fail PDF. Bagaimana pula jika sebaliknya?
Anda boleh gunakan servis online seperti Zamzar dan Koolwire untuk menukar format fail PDF kepada DOC. Namun jika anda lebih gemarkan perisian yang anda boleh download dan simpan dalam PC anda, serta boleh dijalankan tanpa perlu sambungan Internet, cubalah SomePDF to Word Converter.
Seperti namanya, SomePDF to Word Converter berfungsi untuk menukarkan fail PDF kepada fail Word supaya anda boleh mengubahsuai segala teks dan gambar yang terdapat di dalam dokumen tersebut. SomePDF juga membenarkan anda untuk menukar banyak fail PDF sekaligus, menjadikan urusan anda lebih cepat dan mudah.
Download SomePDF to Word Converter di sini.
[Dari FreewareGenius]
Popularity: 15% [?]
Entri berkaitan
Komen
Komen dari omar
Masa: September 8, 2008 pada 4:11 pm
Cam na plak kalau nak tukar word ke pdf?
September 8th, 2008 at 5:26 pm
@omar: awak guna CutePDF