Tulislah Dengan Penuh Warna-warni

October 2, 2008 |  by MK  |  Buat Blog  | 

telescopic

Sedang berkunjung ke blog Bob, saya terjumpa sebuah laman web yang menarik. Cuba anda lawati laman web ini, dan klik pada perkataan-perkataan telah di-highlight. Apabila anda klik pada satu-satu perkataan, ia akan mengembang kepada ayat yang lebih panjang. Menarik, bukan?

Sebenarnya apa yang menarik di sini bukanlah sekadar efek khas pada laman web tersebut. Apa yang lebih menarik ialah, bagaimana si penulis mampu menukarkan sebaris ayat yang pendek dan bosan, kepada sebuah cerita yang menarik dan penuh drama.

Apa yang si penulis lakukan adalah mengolah kembali ayat beliau dengan penuh warna-warni. Jadi, daripada menulis ayat yang bosan dan tiada nyawa seperti ini:

I made tea.

Anda hanya perlu menambah sedikit gubahan agar ianya tampak lebih menarik, seperti ini:

Yawning,  I walked into the kitchen and  made myself tea.

Tulisan yang baik mampu membuat para pembaca anda terikat, dan setia menantikan entri baru dalam blog anda. Perkara ini mungkin tidak terlalu ketara pada blog teknologi seperti SembangKomputer.com, namun ianya sangat jelas dalam blog peribadi yang banyak bercerita. Antara blog yang mempunyai gaya penceritaan yang memukau adalah Ginny, Anisah Shurfa, dan Fynn.

Bahasa itu adalah sesuatu yang ajaib, kan ^_^

Bookmark and Share
 


17 Comments


  1. banyak btol blog ko baca…dalam RSS reader ko ada berapa banyak blog ni beb ?

  2. Memang menarik siot…
    Best

  3. fuyoh..cam menarik.. :D

  4. haha…
    saya hanya menaip dengan penuh bergaya bila bosan teramat. kadang2 ilham mengarang itu muncul di ketika yang paling tidak terduga, kan?

    • @shandye: ilham menulis datang pada masa yang tak diduga. tapi ada gak waktu kita nak mula menaip, dia tak kuar lak.. huhu.

  5. Nice One :)
    ayat yang biasa, bila dah ditambah bunga2nya, jadi luar biasa.. :D

  6. Wahhh…hebat gak ek..^ ^

  7. thanks for mentioning ginny in your entry. im flattered! =) thanks again!

  8. suka tulis pendek2 tapi bermakna
    tetapi bukan berbahasa sastera
    hiks!
    mgkn mcm karangan budak darjah 4
    telus dan clear

    • @Kujie: masing-masing dengan gaya yang tersendiri. ada kalanya, penulisan yang pendek dan ringkas itulah lebih bagus. lebih senang difahami, mesej mudah sampai ke hati ^^

  9. kamu,
    terlalu tinggi puji itu.
    saya cuma pennulis tepi jalan,
    menari canggung sendiri.

    jangan terlalu dilayan,
    kerana lagunya sumbang.
    tak semua mahu faham.

    kamu tidak mahu dikata gila, kan?

    • @fynn jamal:
      er,
      biarlah dikatakan gila,
      asalkan mereka dan keluarga mereka,
      bahgia.

      *cubaan untuk berpuisi*
      *namun gagal sama-sekali =.=*

  10. gila kreatif haha..tp jenuh gk aku dk tekan byk2

  11. Menarik artike nie…. sng2 singgah le ke blog baru sy… klik sini

Leave a Reply