telescopic

Sedang berkunjung ke blog Bob, saya terjumpa sebuah laman web yang menarik. Cuba anda lawati laman web ini, dan klik pada perkataan-perkataan telah di-highlight. Apabila anda klik pada satu-satu perkataan, ia akan mengembang kepada ayat yang lebih panjang. Menarik, bukan?

Sebenarnya apa yang menarik di sini bukanlah sekadar efek khas pada laman web tersebut. Apa yang lebih menarik ialah, bagaimana si penulis mampu menukarkan sebaris ayat yang pendek dan bosan, kepada sebuah cerita yang menarik dan penuh drama.

Apa yang si penulis lakukan adalah mengolah kembali ayat beliau dengan penuh warna-warni. Jadi, daripada menulis ayat yang bosan dan tiada nyawa seperti ini:

I made tea.

Anda hanya perlu menambah sedikit gubahan agar ianya tampak lebih menarik, seperti ini:

Yawning,  I walked into the kitchen and  made myself tea.

Tulisan yang baik mampu membuat para pembaca anda terikat, dan setia menantikan entri baru dalam blog anda. Perkara ini mungkin tidak terlalu ketara pada blog teknologi seperti SembangKomputer.com, namun ianya sangat jelas dalam blog peribadi yang banyak bercerita. Antara blog yang mempunyai gaya penceritaan yang memukau adalah Ginny, Anisah Shurfa, dan Fynn.

Bahasa itu adalah sesuatu yang ajaib, kan ^_^

Related Posts with Thumbnails

Tags: ,

17 Responses


  1. |1f34|-|1r3 on 02 Oct 2008

    banyak btol blog ko baca…dalam RSS reader ko ada berapa banyak blog ni beb ?

    • MK on 04 Oct 2008

      @life4hire: bloghopping je. dan buat masa sekarang, aku tak pakai RSS reader =.=

  2. zool on 02 Oct 2008

    Memang menarik siot…
    Best

  3. aman on 03 Oct 2008

    fuyoh..cam menarik.. :D

  4. shandye on 03 Oct 2008

    haha…
    saya hanya menaip dengan penuh bergaya bila bosan teramat. kadang2 ilham mengarang itu muncul di ketika yang paling tidak terduga, kan?

    • MK on 04 Oct 2008

      @shandye: ilham menulis datang pada masa yang tak diduga. tapi ada gak waktu kita nak mula menaip, dia tak kuar lak.. huhu.

  5. WaidaKmy on 04 Oct 2008

    Nice One :)
    ayat yang biasa, bila dah ditambah bunga2nya, jadi luar biasa.. :D

    • MK on 09 Oct 2008

      @WaidaKmy:
      yup, you got the point ^^
      indahnya bahasa, kan ^^

  6. Dinz on 06 Oct 2008

    Wahhh…hebat gak ek..^ ^

  7. Nani-chan on 07 Oct 2008

    thanks for mentioning ginny in your entry. im flattered! =) thanks again!

    • MK on 09 Oct 2008

      @Nani-chan: no, i should be flattered for having the honour to display your blog here.. :)

  8. Kujie on 07 Oct 2008

    suka tulis pendek2 tapi bermakna
    tetapi bukan berbahasa sastera
    hiks!
    mgkn mcm karangan budak darjah 4
    telus dan clear

    • MK on 09 Oct 2008

      @Kujie: masing-masing dengan gaya yang tersendiri. ada kalanya, penulisan yang pendek dan ringkas itulah lebih bagus. lebih senang difahami, mesej mudah sampai ke hati ^^

  9. fynn jamal on 09 Oct 2008

    kamu,
    terlalu tinggi puji itu.
    saya cuma pennulis tepi jalan,
    menari canggung sendiri.

    jangan terlalu dilayan,
    kerana lagunya sumbang.
    tak semua mahu faham.

    kamu tidak mahu dikata gila, kan?

    • MK on 09 Oct 2008

      @fynn jamal:
      er,
      biarlah dikatakan gila,
      asalkan mereka dan keluarga mereka,
      bahgia.

      *cubaan untuk berpuisi*
      *namun gagal sama-sekali =.=*

  10. RajaOtai on 11 Oct 2008

    gila kreatif haha..tp jenuh gk aku dk tekan byk2

  11. Syafsp on 18 Oct 2008

    Menarik artike nie…. sng2 singgah le ke blog baru sy… klik sini


Leave your comment