Twitter – Apa Anda Sedang Lakukan?

twitterbirdRamai yang bertanya pada saya, apa yang seronoknya tentang twitter? Nak jawab panjang-panjang, takut tak paham. Nak jawab pendek-pendek pon, takut tak sampai mesej. Jadi biar saya terangkan melalui rangkaian yang mudah, melalui blog.

Kegunaan Twitter

Twitter - adalah satu servis percuma untuk blog mikro. Pendek kata seperti menceritakan tentang status kehidupan anda tetapi dalam 140 patah perkataan. Contoh seperti dibawah.

noktahhitam

Walaupun perkara ini nampak remeh, tetapi kawan-kawan saya berminat dengan apa yang saya hendak ceritakan.

megat

Megat pon membalas “Tweet” saya.

Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat dengan lebih pantas. Contoh seperti di bawah.

myrapidkl

Memang tidak dinafikan, kadang-kadang bas di sekitar Kuala Lumpur ni agak lembab. Maklumlah, ibukota penuh dengan kesesakan lalu lintas.

Contoh lain, NikNazmi, Adun Taman Setia yang merupakan ahli politik yang saya pandang tinggi dan juga senior saya.

niknazmi

Bahasa Twitter

Terdapat beberapa corak bahasa yang penting untuk digunakan dalam Twitter. Singkatan yang lain, sama seperti sms biasa.

Tweet – adalah mesej yang dihantar ke Twitter.

@  <- Digunakan untuk membalas “Tweet”. Contoh:

noktahhitam balas

# <- Digunakan untuk bercakap mengenai sesuatu perkara, atau perkara yang orang sedang bincangkan.

encikmizi

RT <- Singkatan untuk RE-TWEET, bermaksud, menyampaikan semula mesej orang lain.

noktahhitamRT

Perisian Twitter

Selain dari menggunakan Twitter.com sebagai pusat untuk menghantar Tweet, anda juga boleh menghantar melalui saluran-saluran lain, seperti

  • TwitterFox - add-on untuk pelayar Firefox (saya guna ini!)
  • TweetDeck - Tweet disusun mengikut grid, aplikasi yang menggunakan Adobe Air untuk desktop.
  • Twhirl - aplikasi untuk kehidupan sosial anda, juga menggunakan Adobe Air untuk desktop.
  • Tweet60 - aplikasi untuk telefon bimbit Symbian (selalunya Nokia)

Tata Tertib Twitter

Sebenarnya tidak ada tata tertib dalam Twitter, anda boleh buat sesuka hati anda. Tetapi, tak seronoklah kalau kita salahgunakan Twitter betul tak?

  • Dilarang menggunakan HURUF BESAR UNTUK TWEET ANDA. Ini sama seperti menjerit.
  • Dilarang mEngAda-NgaDa dALam twEEt. Merosakan keayuan fontography.
  • Kualiti vs Kuantiti. Sebelum Tweet tu, fikirlah betul-betul. Tak semua bende kita nak tweet. Tak perlulah tweet setiap 5 minit. Kalau nak buat macam tu, lebih baik tulis blog.
  • 140 karakter. Gunakan sebanyak mungkin. Janganlah duk “Hye, uat pe tu?”.
  • Jangan “Follow” semua orang. Kalau ikut semua orang nanti penat. Ikut kawan-kawan yang kita kenal.
  • Kongsikan artikel-artikel menarik, seperti di SembangKomputer ini.

Akhir kata dari saya, NoktahHitam, selamat mencuba Twitter. Sebagai permulaan, anda bole ikuti, Khairul, Bat, NoktahHitam, Megat, AzmanIshak, Negarakunet, KNizam dan lain-lain.

40 thoughts on “Twitter – Apa Anda Sedang Lakukan?”

  1. saya juga gunakan twitter utk projek SilangKata.my dengan memberikan pembayang tambahan untuk pembayang silang kata yg sedia ada.

    selain dari tu ada juga guna shoutbox untuk memudahkan org rekues pembayang yg mereka perlukan.
    penting juga shoutbox ni, saya bg pembayang di twitter mengikut apa yg saya rasa tapi saya tidak tahu apa yg org nak tahu lagi.

    cuma kadang2 twitter nie meragam gak, tp tu bkn masalah besau.

    follow twitter http://www.twitter.com/silangkata

    1. @ejam: Saya tak pernah buat shoutbox. Sebab mesej2 di shoutbox akan hilang kan, kalau tak silap saya lah, tak tau la kalau sekarang dah lain lak :P

  2. info bagus! aku suka info-info yang ringkas tapi memberi pengajaran macam catatan di atas.

    yalah tidak semua yang tahu akan penggunaan sebenar twitter ni. thanks!

    ps – terasa popular pulak ada selitkan linkback aku ha3. tq ;)

  3. ramai lg yg xtau fungsi twitter..
    member aku pn ramai lg yg xtau..
    dok tanye camne nk guna tp xnk try..
    rajin tanye je, try malas.. huh!

  4. Aku jarang bertwitter, tapi aku tahu potensi update news die lagi kaw, tapi kalo aku bertwitter, aku hilangpunca nk berblog!

    tapi rasa mcm nk twitt2 balik pun ada gak, hoho

    1. @aisyahkama: Sesetengah orang memang akan hilang punca untuk berblog, bila selalu update Twitter. Bagi aku, Twitter boleh jadi quick-notes untuk catatkan idea2 bernas, pastu nanti terangkan lebih lanjut dalam blog :D

  5. aku suka gak twitter neh sebab lite dan simple
    eh camner nak bagi kalau ada orang tweet kita dapat email eh ?

    p/s – mk ko nyer theme ni cun siot. simple je. sapa design eh ?

    1. @KNizam: Wow, banyak la email ko dapat nanti. Ko boleh subscribe kepada tweet orang2 yang ko follow, klik pada butang RSS Feed yang kecik tu, kat sidebar.

      p/s: Sangat cun kan, hehe. Flisterz yang buat, dia release free.

  6. rasa macan tak best je ni

    # Jangan “Follow” semua orang. Kalau ikut semua orang nanti penat. Ikut kawan-kawan yang kita kenal.

    kekadang rasa kecewa gak dengan ayat “jangan follow semua orang” kalau boleh tu tukar la ayat follow sesiapa yang follow anda. itu adalah sebagai tanda terima kasih kita pada followers

    1. @Najib Hassan: Tak semestinya. Sebab saya baca setiap tweet orang yang saya follow, jadi tak larat nak follow banyak sangat. Sesentengah orang follow sampai beratus-ratus, tapi tak baca pun apa yang diaorang tweet kan.

  7. sya mggunakan hp jenis hewlett packard dan bgaimana sya boleh bertwitter menggunakan aplikasi sms? jika boleh, terangkan melalui email sya, silbiabigail[at]yahoo.com. terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>