Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Lawati arkib untuk melihat senarai artikel di Sembang Komputer. Jika anda tak jumpa apa yang dicari, bincangkan ia di ruangan forum.

  • 20
    Aug

    Twitter – Apa Anda Sedang Lakukan?

    twitterbirdRamai yang bertanya pada saya, apa yang seronoknya tentang twitter? Nak jawab panjang-panjang, takut tak paham. Nak jawab pendek-pendek pon, takut tak sampai mesej. Jadi biar saya terangkan melalui rangkaian yang mudah, melalui blog.

    Kegunaan Twitter

    Twitter - adalah satu servis percuma untuk blog mikro. Pendek kata seperti menceritakan tentang status kehidupan anda tetapi dalam 140 patah perkataan. Contoh seperti dibawah.

    noktahhitam

    Walaupun perkara ini nampak remeh, tetapi kawan-kawan saya berminat dengan apa yang saya hendak ceritakan.

    megat

    Megat pon membalas “Tweet” saya.

    Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat dengan lebih pantas. Contoh seperti di bawah.

    myrapidkl

    Memang tidak dinafikan, kadang-kadang bas di sekitar Kuala Lumpur ni agak lembab. Maklumlah, ibukota penuh dengan kesesakan lalu lintas.

    Contoh lain, NikNazmi, Adun Taman Setia yang merupakan ahli politik yang saya pandang tinggi dan juga senior saya.

    niknazmi

    Bahasa Twitter

    Terdapat beberapa corak bahasa yang penting untuk digunakan dalam Twitter. Singkatan yang lain, sama seperti sms biasa.

    Tweet – adalah mesej yang dihantar ke Twitter.

    @  <- Digunakan untuk membalas “Tweet”. Contoh:

    noktahhitam balas

    # <- Digunakan untuk bercakap mengenai sesuatu perkara, atau perkara yang orang sedang bincangkan.

    encikmizi

    RT <- Singkatan untuk RE-TWEET, bermaksud, menyampaikan semula mesej orang lain.

    noktahhitamRT

    Perisian Twitter

    Selain dari menggunakan Twitter.com sebagai pusat untuk menghantar Tweet, anda juga boleh menghantar melalui saluran-saluran lain, seperti

    • TwitterFox - add-on untuk pelayar Firefox (saya guna ini!)
    • TweetDeck - Tweet disusun mengikut grid, aplikasi yang menggunakan Adobe Air untuk desktop.
    • Twhirl - aplikasi untuk kehidupan sosial anda, juga menggunakan Adobe Air untuk desktop.
    • Tweet60 - aplikasi untuk telefon bimbit Symbian (selalunya Nokia)

    Tata Tertib Twitter

    Sebenarnya tidak ada tata tertib dalam Twitter, anda boleh buat sesuka hati anda. Tetapi, tak seronoklah kalau kita salahgunakan Twitter betul tak?

    • Dilarang menggunakan HURUF BESAR UNTUK TWEET ANDA. Ini sama seperti menjerit.
    • Dilarang mEngAda-NgaDa dALam twEEt. Merosakan keayuan fontography.
    • Kualiti vs Kuantiti. Sebelum Tweet tu, fikirlah betul-betul. Tak semua bende kita nak tweet. Tak perlulah tweet setiap 5 minit. Kalau nak buat macam tu, lebih baik tulis blog.
    • 140 karakter. Gunakan sebanyak mungkin. Janganlah duk “Hye, uat pe tu?”.
    • Jangan “Follow” semua orang. Kalau ikut semua orang nanti penat. Ikut kawan-kawan yang kita kenal.
    • Kongsikan artikel-artikel menarik, seperti di SembangKomputer ini.

    Akhir kata dari saya, NoktahHitam, selamat mencuba Twitter. Sebagai permulaan, anda bole ikuti, Khairul, Bat, NoktahHitam, Megat, AzmanIshak, Negarakunet, KNizam dan lain-lain.

    Entri berkaitan:

31 Comments - Post your comment

  1. Hohoho! Twitter sumber berita terkini, hiburan sensasi.

  2. saya juga gunakan twitter utk projek SilangKata.my dengan memberikan pembayang tambahan untuk pembayang silang kata yg sedia ada.

    selain dari tu ada juga guna shoutbox untuk memudahkan org rekues pembayang yg mereka perlukan.
    penting juga shoutbox ni, saya bg pembayang di twitter mengikut apa yg saya rasa tapi saya tidak tahu apa yg org nak tahu lagi.

    cuma kadang2 twitter nie meragam gak, tp tu bkn masalah besau.

    follow twitter http://www.twitter.com/silangkata

    • @ejam: Saya tak pernah buat shoutbox. Sebab mesej2 di shoutbox akan hilang kan, kalau tak silap saya lah, tak tau la kalau sekarang dah lain lak :P

  3. info bagus! aku suka info-info yang ringkas tapi memberi pengajaran macam catatan di atas.

    yalah tidak semua yang tahu akan penggunaan sebenar twitter ni. thanks!

    ps – terasa popular pulak ada selitkan linkback aku ha3. tq ;)

  4. ramai lg yg xtau fungsi twitter..
    member aku pn ramai lg yg xtau..
    dok tanye camne nk guna tp xnk try..
    rajin tanye je, try malas.. huh!

  5. info yang menarik, dapat memahamkan apa itu twitter dengan lebih mendalam. cayalah bro. :)

  6. huh stail ~ mudah ringkas padat

  7. Twitter membatu! (Twitter rocks!)
    =D

  8. twitter..oh twitter..kalau aku ada tipon yg ada 3G cam azmanishak..confirm twitter aku berjela2..haha

  9. maklumat yang menarik ni.faham dah pasal twitter.

  10. semenjak 2 menjak ni makin ramai org yg jual minyak lintah follow aku.. hohooh avatar aku muka gersang sangat ke? hahaha

  11. Dilarang mEngAda-NgaDa dALam twEEt. Merosakan keayuan fontography.<—- i loike. :)

  12. Owh, bru aku tau fungsi sebenor Tweeter nih.. Time kasih NoktaHitam krn penerangan yg pjg lebaq tuh.. chewah!!

  13. Aku jarang bertwitter, tapi aku tahu potensi update news die lagi kaw, tapi kalo aku bertwitter, aku hilangpunca nk berblog!

    tapi rasa mcm nk twitt2 balik pun ada gak, hoho

    • @aisyahkama: Sesetengah orang memang akan hilang punca untuk berblog, bila selalu update Twitter. Bagi aku, Twitter boleh jadi quick-notes untuk catatkan idea2 bernas, pastu nanti terangkan lebih lanjut dalam blog :D

  14. hoho NH tulis sini lak ye… hebat2 bravo.. hurm MK ko tukar theme lagi ye.. smart lak tgk.. ringkas dan kemas..

  15. Sungguh semat theme ini. Huhuhu

  16. boleh tambah satu lagi
    destro twitter
    best jugak

    http://twitter.com/loqnerd <meh follow aku

  17. Dah lama juga tak menjenguk akaun twitter nih.. mesti banyak yang dah follow

  18. aku suka gak twitter neh sebab lite dan simple
    eh camner nak bagi kalau ada orang tweet kita dapat email eh ?

    p/s – mk ko nyer theme ni cun siot. simple je. sapa design eh ?

    • @KNizam: Wow, banyak la email ko dapat nanti. Ko boleh subscribe kepada tweet orang2 yang ko follow, klik pada butang RSS Feed yang kecik tu, kat sidebar.

      p/s: Sangat cun kan, hehe. Flisterz yang buat, dia release free.

  19. rasa macan tak best je ni

    # Jangan “Follow” semua orang. Kalau ikut semua orang nanti penat. Ikut kawan-kawan yang kita kenal.

    kekadang rasa kecewa gak dengan ayat “jangan follow semua orang” kalau boleh tu tukar la ayat follow sesiapa yang follow anda. itu adalah sebagai tanda terima kasih kita pada followers

    • @Najib Hassan: Tak semestinya. Sebab saya baca setiap tweet orang yang saya follow, jadi tak larat nak follow banyak sangat. Sesentengah orang follow sampai beratus-ratus, tapi tak baca pun apa yang diaorang tweet kan.

  20. sya mggunakan hp jenis hewlett packard dan bgaimana sya boleh bertwitter menggunakan aplikasi sms? jika boleh, terangkan melalui email sya, silbiabigail[at]yahoo.com. terima kasih..

  21. suka suka sukaaaa…. sgt Twitter

    bet’TWEET’ smbil buat duit


Trackbacks/Pingbacks

  1. gladlyCast – Kemaskini Twitter Menggunakan SMS - Sembang Komputer

Leave a comment

  • Langgan Artikel

    Masukkan emel untuk melanggan artikel kami:

  • Komen Terkini

    • mohdisa: ini storan secara online yerk?
    • mohdisa: satu perkongsian yang menarik, aku dah lama nak install benda ni. tp asyik lupa jerk.
    • mohdisa: salam tahun baru, wah dah lama rasanya tak jenguk page ni. miss so much. hehe
    • lankapo: salam dua sifar satu sifar semoga thn ini akan dapat income lebih sifar dari biasa 3000
    • Eriyza: Kakak tetap sokong blog kamu. Teruskan memberi ilmu. :) Heppi 2010.
    • MK: Terima kasih. Selamat tahun baru juga buat beliamuda :)
    • beliamuda: selamat tahun baru untuk SK. Semoga lebih maju dan mantap di tahun 2010.
    • MK: Selamat tahun baru gak Kruel74 dan Kak Nani, it's nice having to know you guys
    • kruel74: Selamat tahun baru dan harap perkenalan di alam nyata lebih erat!
    • ahmad: muet aku band 6.huhuhu
    • danez: Salam...nak tny cket MK, apa kegunaan cd boot hiren tu ek?Adakah ianya same mcm minipe,bartpe
    • ELISHA: BYE
    • ELISHA: 1234 TESTING 2X
    • pelangi: tak boleh nak uninstall IIS la.. macam mane ye..
    • nina: over....