Ramai yang bertanya pada saya, apa yang seronoknya tentang twitter? Nak jawab panjang-panjang, takut tak paham. Nak jawab pendek-pendek pon, takut tak sampai mesej. Jadi biar saya terangkan melalui rangkaian yang mudah, melalui blog.
Kegunaan Twitter
Twitter - adalah satu servis percuma untuk blog mikro. Pendek kata seperti menceritakan tentang status kehidupan anda tetapi dalam 140 patah perkataan. Contoh seperti dibawah.
Walaupun perkara ini nampak remeh, tetapi kawan-kawan saya berminat dengan apa yang saya hendak ceritakan.
Megat pon membalas “Tweet” saya.
Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat dengan lebih pantas. Contoh seperti di bawah.
Memang tidak dinafikan, kadang-kadang bas di sekitar Kuala Lumpur ni agak lembab. Maklumlah, ibukota penuh dengan kesesakan lalu lintas.
Contoh lain, NikNazmi, Adun Taman Setia yang merupakan ahli politik yang saya pandang tinggi dan juga senior saya.
Bahasa Twitter
Terdapat beberapa corak bahasa yang penting untuk digunakan dalam Twitter. Singkatan yang lain, sama seperti sms biasa.
Tweet – adalah mesej yang dihantar ke Twitter.
@ <- Digunakan untuk membalas “Tweet”. Contoh:
# <- Digunakan untuk bercakap mengenai sesuatu perkara, atau perkara yang orang sedang bincangkan.
RT <- Singkatan untuk RE-TWEET, bermaksud, menyampaikan semula mesej orang lain.
Perisian Twitter
Selain dari menggunakan Twitter.com sebagai pusat untuk menghantar Tweet, anda juga boleh menghantar melalui saluran-saluran lain, seperti
- TwitterFox - add-on untuk pelayar Firefox (saya guna ini!)
- TweetDeck - Tweet disusun mengikut grid, aplikasi yang menggunakan Adobe Air untuk desktop.
- Twhirl - aplikasi untuk kehidupan sosial anda, juga menggunakan Adobe Air untuk desktop.
- Tweet60 - aplikasi untuk telefon bimbit Symbian (selalunya Nokia)
Tata Tertib Twitter
Sebenarnya tidak ada tata tertib dalam Twitter, anda boleh buat sesuka hati anda. Tetapi, tak seronoklah kalau kita salahgunakan Twitter betul tak?
- Dilarang menggunakan HURUF BESAR UNTUK TWEET ANDA. Ini sama seperti menjerit.
- Dilarang mEngAda-NgaDa dALam twEEt. Merosakan keayuan fontography.
- Kualiti vs Kuantiti. Sebelum Tweet tu, fikirlah betul-betul. Tak semua bende kita nak tweet. Tak perlulah tweet setiap 5 minit. Kalau nak buat macam tu, lebih baik tulis blog.
- 140 karakter. Gunakan sebanyak mungkin. Janganlah duk “Hye, uat pe tu?”.
- Jangan “Follow” semua orang. Kalau ikut semua orang nanti penat. Ikut kawan-kawan yang kita kenal.
- Kongsikan artikel-artikel menarik, seperti di SembangKomputer ini.
Akhir kata dari saya, NoktahHitam, selamat mencuba Twitter. Sebagai permulaan, anda bole ikuti, Khairul, Bat, NoktahHitam, Megat, AzmanIshak, Negarakunet, KNizam dan lain-lain.
Hohoho! Twitter sumber berita terkini, hiburan sensasi.
saya juga gunakan twitter utk projek SilangKata.my dengan memberikan pembayang tambahan untuk pembayang silang kata yg sedia ada.
selain dari tu ada juga guna shoutbox untuk memudahkan org rekues pembayang yg mereka perlukan.
penting juga shoutbox ni, saya bg pembayang di twitter mengikut apa yg saya rasa tapi saya tidak tahu apa yg org nak tahu lagi.
cuma kadang2 twitter nie meragam gak, tp tu bkn masalah besau.
follow twitter http://www.twitter.com/silangkata
@ejam: Saya tak pernah buat shoutbox. Sebab mesej2 di shoutbox akan hilang kan, kalau tak silap saya lah, tak tau la kalau sekarang dah lain lak :P
+ 0oo0 +
info bagus! aku suka info-info yang ringkas tapi memberi pengajaran macam catatan di atas.
yalah tidak semua yang tahu akan penggunaan sebenar twitter ni. thanks!
ps – terasa popular pulak ada selitkan linkback aku ha3. tq ;)
ramai lg yg xtau fungsi twitter..
member aku pn ramai lg yg xtau..
dok tanye camne nk guna tp xnk try..
rajin tanye je, try malas.. huh!
info yang menarik, dapat memahamkan apa itu twitter dengan lebih mendalam. cayalah bro. :)
huh stail ~ mudah ringkas padat
@TMUkmkd: Dan banyak gambar. Bagi senang faham :)
Twitter membatu! (Twitter rocks!)
=D
twitter..oh twitter..kalau aku ada tipon yg ada 3G cam azmanishak..confirm twitter aku berjela2..haha
X jugak..
Anda ada phone.. apa kata cuba twittermobile.co.uk, pasti syok!
yg penting phone anda mesti latest support JAVA =D
maklumat yang menarik ni.faham dah pasal twitter.
semenjak 2 menjak ni makin ramai org yg jual minyak lintah follow aku.. hohooh avatar aku muka gersang sangat ke? hahaha
Nak jual kt ko la tu!
Bukan muke gersang, tp muke berharap. Hahaha.
Dilarang mEngAda-NgaDa dALam twEEt. Merosakan keayuan fontography.<—- i loike. :)
u x ikhlas la….. tutup muka…. nape tutup muka u…./?
Owh, bru aku tau fungsi sebenor Tweeter nih.. Time kasih NoktaHitam krn penerangan yg pjg lebaq tuh.. chewah!!
Aku jarang bertwitter, tapi aku tahu potensi update news die lagi kaw, tapi kalo aku bertwitter, aku hilangpunca nk berblog!
tapi rasa mcm nk twitt2 balik pun ada gak, hoho
@aisyahkama: Sesetengah orang memang akan hilang punca untuk berblog, bila selalu update Twitter. Bagi aku, Twitter boleh jadi quick-notes untuk catatkan idea2 bernas, pastu nanti terangkan lebih lanjut dalam blog :D
hoho NH tulis sini lak ye… hebat2 bravo.. hurm MK ko tukar theme lagi ye.. smart lak tgk.. ringkas dan kemas..
@Kill-Vearn: NH dengan Life4Hire memang guest writer kat sini pun. Aku suka gila dengan theme ni, Flisterz yang keluarkan: http://tr.im/wPYj
Sungguh semat theme ini. Huhuhu
@Ikram Hakimi: Tapi aku tetap jeles dengan theme portfolio ko tu. Buat la satu, bagi free, hehe.
boleh tambah satu lagi
destro twitter
best jugak
http://twitter.com/loqnerd <meh follow aku
Dah lama juga tak menjenguk akaun twitter nih.. mesti banyak yang dah follow
aku suka gak twitter neh sebab lite dan simple
eh camner nak bagi kalau ada orang tweet kita dapat email eh ?
p/s – mk ko nyer theme ni cun siot. simple je. sapa design eh ?
@KNizam: Wow, banyak la email ko dapat nanti. Ko boleh subscribe kepada tweet orang2 yang ko follow, klik pada butang RSS Feed yang kecik tu, kat sidebar.
p/s: Sangat cun kan, hehe. Flisterz yang buat, dia release free.
Pingback: gladlyCast – Kemaskini Twitter Menggunakan SMS - Sembang Komputer
rasa macan tak best je ni
# Jangan “Follow” semua orang. Kalau ikut semua orang nanti penat. Ikut kawan-kawan yang kita kenal.
kekadang rasa kecewa gak dengan ayat “jangan follow semua orang” kalau boleh tu tukar la ayat follow sesiapa yang follow anda. itu adalah sebagai tanda terima kasih kita pada followers
@Najib Hassan: Tak semestinya. Sebab saya baca setiap tweet orang yang saya follow, jadi tak larat nak follow banyak sangat. Sesentengah orang follow sampai beratus-ratus, tapi tak baca pun apa yang diaorang tweet kan.
sya mggunakan hp jenis hewlett packard dan bgaimana sya boleh bertwitter menggunakan aplikasi sms? jika boleh, terangkan melalui email sya, silbiabigail[at]yahoo.com. terima kasih..
suka suka sukaaaa…. sgt Twitter
bet’TWEET’ smbil buat duit
blh bgtau cner nk buat duit
Pingback: 4 Laman Web Untuk Upload Gambar Ke Twitter | Sembang Komputer
mcm mne nk chat twitter & fb dlm 1 mse & 1 tmpt…
i x aktif sgt bab2 nie…tp nk cuba try gak join twitter ni…
twitter?????????????????;p)
twitter ni camner ye…. terlalu simple… x best gitu….