Sejak dari kolej lagi saya cuba menggunakan Linux, tapi tak pernah tahan lama sebelum kembali ke Windows. Ini kerana sebagai end-user, Linux tak banyak memberikan kelebihan berbanding Windows. Lagipun saya sangat suka main game Prehistorik 2.
Mujurlah di tempat kerja baru saya kami banyak menggunakan PHP, jadi saya ambil peluang ini untuk menggunakan Linux. Di sini saya akan berkongsi pengalaman menggunakan Linux (khususnya Ubuntu) dan adakah berbaloi untuk anda bertukar kepadanya.
Mengapa saya memilih Linux
Linux adalah pilihan terbaik untuk mengendalikan web server bagi Apache/PHP. Pada mulanya saya hanya memasang Linux sebagai virtual machine pada Windows, kemudian menghubungkan klien SSH dan web browser kepadanya. Namun cara tersebut macam tak ikhlas je kan, guna separuh-separuh, saya tak dapat memanfaatkan kedua-dua OS sepenuhnya. Jadi saya bertukar kepada Linux seratus-peratus.
Sebagai seorang tech support dan system admin, Linux adalah pilihan terbaik kerana ia berteraskan penggunaan command line. Aspek ini akan saya terangkan lagi di bawah.
Apa yang saya suka tentang Linux
1. Command line
Kebanyakan orang mungkin cuba menjauhkan diri dari command line, malah bos saya sendiri pun kata dunia IT dah moden dan banyak aplikasi GUI yang boleh menggantikannya. Patah hati saya tahu.
Bagi saya, command line jauh lebih berkuasa daripada GUI kerana:
i) Ianya pantas. Bandingkan operasi grep yang hanya mengambil masa beberapa saat, dengan operasi “Find in files” pada Notepad++ yang mungkin boleh buat komputer anda crash.
ii) Command line option (flag, ataupun switch) membolehkan anda mengubahsuai arahan mengikut kemahuan anda. Pada GUI, ini memerlukan puluhan menu/checkbox/radio box yang perlu anda cari pada menu aplikasi tersebut.
iii) Ia akan buatkan anda kelihatan sangat cool apabila menggunakan command line. Percayalah.
2. Software yang berasaskan command-line
Kebanyakan software kegemaran saya pada Linux juga adalah berdasarkan command line. Dulu saya fikir command line hanyalah untuk operasi asas sahaja seperti cd, ls, dan cp; namun sebenarnya ia boleh menjalankan pelbagai fungsi seperti:
i) ranger untuk menguruskan fail dan folder
ii) vim sebagai text editor
iii) mutt sebagai klien emel
Keterangan tentang software kegemaran saya pada Linux akan saya terangkan dalam artikel akan datang. Cukuplah saya katakan di sini yang saya sukakan software tersebut kerana ianya sangat pantas dan produktif untuk digunakan.
3. Pengurusan windows (tetingkap)
Ubuntu 12.04 yang datang dengan Unity membawa banyak pembaharuan tersendiri, di samping menggabungkan idea dari antaramuka Windows dan Mac.
Antara fungsi yang berguna adalah Workspace, di mana anda boleh membahagikan window anda ke workspace yang berlainan. Namun ia lebih baik dari fungsi yang terdapat pada Mac kerana, Alt-Tab pada satu-satu workspace tidak akan melibatkan window yang berada pada workspace lain. Dan saya dapati tingkah laku ini adalah sangat berguna.
Seperti Aero Snap pada Windows, anda juga boleh melekatkan window pada kiri/kanan skrin dengan mengheretnya menggunakan mouse.
Satu lagi fungsi kegemaran saya adalah menetapkan Alt+` untuk bertukar window pada aplikasi yang sama, sama seperti fungsi yang terdapat pada Mac.
Apa yang saya tidak suka tentang Linux
1. Antaramuka yang tidak menarik
Terus terang saya katakan, antaramuka Ubuntu terasa seperti tidak lengkap. Adukan warna yang pelik, ikon aplikasi yang kelihatan seperti ketinggalan zaman, serta saiz dan layout aplikasi yang tidak pernah seragam.
Bagi saya yang beralih dari Mac ke Windows kemudian ke Linux, kemerosotan dalam pengalaman UI ini adalah sangat dirasakan. Memanglah ianya sekadar rupa, namun ia turut mempengaruhi pengalaman saya menggunakan sesuatu OS. Sebagai analogi, cuba bayangkan anda hadir ke mesyuarat dengan hanya memakai seluar pendek dan selipar jepun, tentunya rasa macam selekeh tempe je kan, tak semangat pun nak kerja.
Beberapa keputusan yang dibuat pada Unity juga adalah sangat menghairankan. Misalnya, kenapa menu di atas disembunyikan sehinggalah pengguna harus meletakkan mouse keatasnya? Scrollbar juga begitu, sangat membuangkan masa. Notifikasi a-la Growl juga bertindak secara pelik, ianya tidak boleh di klik; sebaliknya apabila saya hover mouse ke atasnya, ia hanya jadi kabur.
Saya alamai pelbagai glitch dengan antaramuka Unity. Windows Skype saya kadang-kadang terlepas separuh ke workspace lain, Chrome yang saya lekatkan di tepi nampak pelik apabila Workspace dilihat dari jauh, dan pelbagai lagi. Semua masalah inilah yang buat saya rasa Unity adalah sebuah produk yang sangat tidak lengkap.
2. Kurangnya software yang popular
Aplikasi popular seperti iTunes dan Kindle tidak didapati pada Linux, membuatkan saya terpaksa kembali ke Windows setiap kali saya ingin sync iPod saya, atau membaca buku yang telah saya beli di Amazon. Perkara seperti inilah yang menjadikannya mustahil untuk saya menggunakan Linux sepenuh masa.
Kesimpulan
Linux adalah sebuah OS yang sangat berkuasa buat seorang developer atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam bidang IT. Namun buat pengguna biasa, perjalanan Linux masih lagi jauh, terutamanya dari segi antaramuka.
Jika anda berminat untuk menggunakan Linux, saya sangat sarankan anda untuk meneroka command line kerana ianya dapat menjadikan operasi komputer harian anda lebih produktif dan seronok!







memang tak dinafikan bahawa ubuntu sesuai untuk developer dan bidang IT. dan tak dinafikan jugak tak berapa sesuai untuk masa ini untuk pengguna biasa berbanding windows 7 dan mac osx.
sebab itu aku masih boleh masuk dengan ubuntu. tapi untuk main game terpaksa pergi ke windows sekejap.
kebaikkannya, aku kurang main game
masih setia dgn ubuntu ni :)
Aku start pakai ubuntu since 10.10,tapi pakai kejap je coz klu nk install broadband kna pakai command..setelah cuba byk kali xjadi,dh jadi fedup n terus tukar windows..then 11.10 bertahan lama skit sbb sng nk install broadband..unity xde ape sgt,aku prnh install theme ape ntah,terus hang unity..apepon gnome gak yg terbaik dari ladang..
nak tanye , kalau kite format laptop atau komputer , semua file-file yg ade dalam locak disk :D: pun akan hilang ke atau tak ?
memang tak dinafikan…linux merupakan os yg perlu diketahui kpd sesiapa yg terlibat dalam bidang iT sbb ak sentiase berdepan dgn linux..sbgai cth ak prgi outstation di ipoh…di SUk perak. server dorg terdiri drpd linux suze dan redhat…so bg ak adalah pntg ak biasekan diri dgn command line linux dan adalah sesuai utk developer atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam bidang IT.sebab kbykan gov gune…
tapi nak tanya pendapat, ubuntu or kubuntu yg mane lg ok? kubuntu ok..ada org ckp nk start gne kubuntu ok jgk
Assalamualaikum,, saya berminat untuk mencuba LINUX. Namun saya aga ragu-ragu kerana saya menggunakan beberapa software bahasa Arab. Jadi, saya risau jika software-software ini tidak compatible dengan LINUX.
Mohon pandangan.
Saya bukanlah seorang geek atau developer etc.. Saya adalah pengguna biasa. Bagi saya LINUX adalah yang terbaik. Tak semestinya anda seorang developer sahaja sesuai untuk menggunakan linux. Ubuntu sangat mudah. sesuai untuk End user. Ya tak dinafikan unity banyak kelemahannya. Rasanya banyak lagi DEkstop Enviroment (DE) yang lebih bagus dari UNITY. Boleh cuba Gnome3 , Mate , kde , Razor Qt , Cinnamon etc.. Untuk game Skrang banyak developer yang dah port kan game mereka ke LINUX. Cntohnya.. HumbleBundle, Steam VALVE & lain2…. LInux = Freedom. kita bebas memilih. :)
P/S Paparan antaramuka ketingalan zaman?
Yes – http://img585.imageshack.us/img585/5687/ubuntums.png