Gunakan CD Ubuntu Untuk Recover Data

startup-screen

Jika anda mempunyai sekeping CD Ubuntu, ianya bukan sahaja berguna untuk mencuba distro Linux yang popular ini, malah anda boleh menggunakannya untuk membaik pulih Windows serta menyelamatkan data.

CD pemasangan Ubuntu mempunyai fungsi Live CD, di mana anda boleh menjalankan Ubuntu terus dari CD tanpa perlu install ke dalam hard disk terlebih dahulu. Meskipun fungsi Live CD ini adalah terhad berbanding pemasangan sebenar ke dalam hard disk, namun ianya sudah cukup untuk saat-saat kecemasan di mana Windows anda tak dapat dibuka.

Apa yang anda perlu buat adalah hidupkan komputer dan masukkan CD Ubuntu. Apabila skrin Ubuntu dipaparkan, pilih “Try Ubuntu without an change to your computer”.

Antara kegunaan Live CD Ubuntu:

  • Akses semua partition termasuklah jenis FAT dan NTFS.
  • Menghubungkan komputer anda kepada komputer lain melalui network.
  • Melayari Internet.

Jadi, dengan Live CD Ubuntu ini anda boleh backup dahulu dokumen-dokumen penting anda ke dalam partition lain, atau mungkin juga ke dalam komputer lain melalui network.

Malah anda boleh menggunakannya untuk melayari Internet, membuka emel, dan berbual di IM meskipun anda tidak mempunyai hard disk sekalipun. Ubuntu menyokong banyak jenis modem, dan sekiranya anda berada dalam kawasan Wi-Fi, ia juga boleh diaktifkan.

Dan jika anda bosan, anda juga boleh bermain lagno di dalam Ubuntu :)

[Download Ubuntu Live CD di sini]

35 thoughts on “Gunakan CD Ubuntu Untuk Recover Data

    • @TMUkmkd, yup hint untuk post seterusnya, hehe. Sebab CD Ubuntu ni boleh guna untuk copy balik fail2 yang hilang atau korup dalam Windows.

  1. Tumpang tanya sejak dua menjak ni dok nampak le benda ubuntu ni.
    Tapi saya masih kurang faham ape benda la ubuntu ni.
    Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan

    • @eiwah, Ubuntu ni adalah sebuah OS, macam Windows gak la. InsyaAllah dalam entri akan datang saya akan terangkan secara mudah.

  2. salam admin web sembangkomputer.com bolehkah saudara ajar pada saya mcmana nak customize themes yang saudara guna ni? saya tak jumpa widgets utk buang tag,kalendar dan nak susun seperti saudara susun tu. kalau tak keberatan boleh email pada saya zamri04 at gmail.com

  3. ubuntu ni memang kecemasan punya kerja…sbb saya sendiri nampak mcm program ni jln.Kawan aku punya letop punya teruk virus kerjakan sampai nak buka pun takde perkataan,gambar atau bunyi. Tapi dgn Ubuntu data dlm letop tu sebahagiannya boleh diselamatkan ,yang lain virus da makan daa..
    Aku pula tengah cari cd ni. Tidak pula ada jual dipasaran kalau ada pun waduuu …(tau-tau ja Rm nya berapa..)

    • @redTakbuntu, stahu sy cd ubuntu 2 mmg x d jual pon..order free je kat lman web nyerrr..tp kna tgu 3 bln r..nak order kubuntu skali pon bleh..mcm2 aderrr…free je..

    • @jani, sila baca betul2 entri ni. Fungsi Live CD ni adalah sebagai Rescue Disk, kalau Windows tak bleh start.

      Contohnya, kalau masalah “NTLDR is missing”. Guna CD Ubuntu ni untuk salin fail ntldr dan NTDETECT.COM ke dalam C:

      Masalah Windows ni subjektif, takkanlah saya nak terangkan semua kat sini sedara oi.

      • @MK, yup, memng betul masalah windows nie subjektif, dn ubuntu live cd nie kalau tak silap memng berbeza ngan windows, dn kepda yang zero knowledge psl ubuntu macm saya, memang buntu la jwbnya.. :)

    • @warzgunz, mana boleh nak open terus, kena masukkan dulu dalam cd, baru boleh nk berbuntu, nama pun LIVE CD…

        • @warzgunz, yang nie kena tanya orang lain, aku tak biasa pakai ubuntu, dan software dalam windows (.exe) x blh run dalam ubuntu, kena pakai installer versi linux.

  4. Salam MK, sy baru jer lepas donload CD Ubuntu ni tp masalah nya sy tak tau camne setup akaun streamyx sy kat dlm Ubuntu tu. Kalau MK ada kelapangan bley tak tulis skit ttg cara2 nak setup akaun streamyx bg user Ubuntu.., TK!

  5. Salam semua…saya sedang format lp dah sampai ke proses akhir setup for formatting…tetiba je kuar no boot device –strike F1…cam ne leh jd cam tu?… sepatutnya bila dah selesai lp akan restart dengan sendiri…apa lg masalahnya …tak paham lah..hu..huu tulon…tulong

    • @rikatodorin: Hm, mungkin awak kena tukar boot sequence kat BIOS, supaya dia baca juga dari hard disk, selepas CD-ROM.

  6. Ok, hehe… saya baca posting atas, ramai lagi tajuk ni. MK buka topik ni sebagai rescue bagi data-data dalam windows. katakan byk folder dan fail kejer kita letak kat desktop windows. dengan tiba-tiba OS Windows kita crash dan x bleh masuk.
    So dengan teknologi LiveCD ubuntu, kita bleh run sementara tanpa install ke dalam hard disk. So semasa OS ubuntu ni run, kita boleh membuka partition C: bagi windows yang crash tadi dan salin segala fail & foldder kerja-kerja kita td ke partition yang lain.
    Skrg ni kalau tak nak bazirkan CD untuk burn, bleh gunakan thumbdrive sebagai LiveUSB juga. dengan syarat MOBO tuan-tuan bleh support bootable from USB, yang ada kat Boot Sequence.

    kalau nak boleh guna ni untuk buat LiveUSB :

    http://launchpad.net/win32-image-writer/0.2/0.2/+download/win32diskimager-RELEASE-0.2-r23-win32.zip

  7. Slmt Pg MK…sy nk tny baru2 ni latop sy mengalami masalah..sy dh on tp xmsuk windows..mksud nya sampai je windows tu loading trus bluee screen…
    masalahnya skrg ni …dokumen2 y penting kt dekstop..mcm ne nk selamatkan dokumen tersebut …. sy betul2 memerlukan nya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">