ubuntu-pen-drive-03

Sama seperti Slax, anda boleh memasukkan Ubuntu ke dalam pen drive dan terus menggunakannya. Apa yang anda perlukan hanyalah CD pemasangan Ubuntu 8.10 yang boleh didapati dari laman web rasmi Ubuntu.

Cara-cara memasang Ubuntu ke dalam pen drive

  1. Masukkan CD tersebut dan restart komputer anda (pastikan boot sequence telah ditetapkan supaya komputer boleh boot dari CD). Pilih “Try Ubuntu without any change to your computer” untuk memulakan Live CD.
  2. Apabila Ubuntu telah dimulakan, masukkan pen drive anda. Kemudian, pilih menu System > Administration > Create a USB startup disk.
    ubuntu-pen-drive
  3. Pilih pen drive yang akan digunakan untuk menyimpan Ubuntu. Anda juga boleh memilih berapa banyak ruang yang diperlukan untuk menyimpan segala dokumen dan tetapan pada Ubuntu anda. Kemudian, klik pada Make Startup Disk.
    ubuntu-pen-drive-01
  4. Tunggu sehingga proses selesai.
    ubuntu-pen-drive-02

Kini, anda sudah boleh mula menggunakan Ubuntu terus dari pen drive tersebut. Meskipun prestasinya tidak sepantas pemasangan ke dalam hard disk, ianya sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana. Pemasangan ke dalam pen drive ini juga merupakan alternatif terbaik sekiranya anda tidak mempunyai ruang pada hard disk untuk memasang Ubuntu.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , ,

39 Responses


  1. selinap on 09 Mar 2009

    Bagaimana dengan fail sedia ada di dalam pemacu usb tersebut? Adakah Ubuntu akan melakukan pembahagian ruang?

    • MK on 09 Mar 2009

      @selinap, fail sedia ada takkan diusik. Tapi macam yang K cakap kat bawah ni, ada eloknya backup dulu, takut jadi apa2 lak..

  2. TMUkmkd on 09 Mar 2009

    ada bagusnya kalau backup dulu… tapi sebelum tu ubuntu dah detect.. ada fail lain dalam tu dan takkan sentuh fail tu kalai boleh..

    tapi……… K try dengan pendrive..apacer.. tak jadi… tak tahu kenapa..

  3. rmartz on 09 Mar 2009

    ooo… ada jugak… bleh la wat pasnih… sbb enviroment ubuntu lagi senang phm dari slax yg dulu….

    • MK on 10 Mar 2009

      @rmartz, yup lagipun Ubuntu sekarang ni dah banyak support modem, boleh ar terus guna Internet.

      • rmartz on 10 Mar 2009

        tapi… ubuntu kalo pki DSL still kene wat command ‘sudo pppoeconf” gak ker… n kalo camenr plak untuk wireless???

        • MK on 10 Mar 2009

          @rmartz, hmm saya pun tak pro sangat command linux ni. Tapi biasanya Ubuntu auto-detect kalau ada wireless connection, terus je klik kat ikon network connection kat sebelah kanan-atas.

      • ida on 06 May 2009

        cm ne ek nk gune internet
        tpi xyah gune wireless just gune modem
        leh x?klu gune cm tu..

        • MK on 12 May 2009

          @ida: Awak apply Streamyx la kalau camtu :)

  4. Kujie on 09 Mar 2009

    entah bila nak beranikan diri mencuba

    • MK on 10 Mar 2009

      @Kak Jie, sebab tu la install pada USB drive je dulu kalau takut dia efek pada OS sedia ada. Takpun, cuba terus dari Live CD Ubuntu tu.

  5. ardzham on 09 Mar 2009

    Alhamdulillah akhirnya dapat juga online dengan ubuntu. sebelum ni tak pernah pun guna ubuntu. Pertama kali tengok memang pelik. Nak setting resolusi skrin pun tak tau entah kat mana…………..

    • MK on 10 Mar 2009

      @Pakcik Ardzham, kalau dah boleh online ok la, terus boleh guna. Saya sendiri pun, kalau tak boleh sambung ke Internet, takde semangat nak cuba Ubuntu ni, hehe.

  6. Saiful on 10 Mar 2009

    adkah ubuntu ni systemnye same dgn windows??? dah bleh smua software utk windows digunkn pd ubuntu ni???? compatible x????

    • MK on 10 Mar 2009

      @Saiful, Ubuntu ni sistem operasi GNU/Linux, lain dengan Windows. Tapi kalau awak nak guna software Windows pada Linux, awak boleh download Wine.

      • Saiful on 10 Mar 2009

        smua software compatible atau hanya utk sesetgh software je???

        • MK on 10 Mar 2009

          @Saiful, tak semua. Sesetengah je, kena cuba dulu la.

  7. TMUkmkd on 10 Mar 2009

    ardzham – kalau nak setting reso ada kat system > preference > screen resolution
    kalau guna terminal pun leh gak.. tapi tak ingat :D

    ok dah ingat.. xrandr

  8. mi79kb on 10 Mar 2009

    aku dah download ubuntu ni dlm bentuk zip..pastu camne nk burn dia dlm cd???

  9. delang on 12 Mar 2009

    bro, kalu install dlm external bleh ke? kalu bleh, mungkin boleh dicuba… :D

    • MK on 14 Mar 2009

      @delang, boleh. Cara install dia macam biasa je.

  10. kaizer on 12 Mar 2009

    Aku dh lama guna ubuntu ni.tapi x pernah cuba install kat pendrive.kalau wat demo ok la kot.kalau untuk guna hari2 slow.tq atas tutorial

    • MK on 14 Mar 2009

      @kaizer, memang slow sebab dia berfungsi macam Live CD, nak load pun bukan main lama. Untuk kegunaan hari-hari dalam USB drive, lebih elok guna Slax.

  11. zoel on 12 Mar 2009

    Masih familiar dengan windows..

  12. akoo_ap on 13 Mar 2009

    hyep..bang,bleh tak klu abg tolong kasi link utk download ubuntu ke dlam pendrive ni??saya agak pening masuk dlam laman ubuntu..tak tau nak download yg mna..

    • MK on 14 Mar 2009

      @akoo_ap, ikut link untuk download Ubuntu yang saya dah bagi kat atas tu. Itu link fail ISO sebenarnya, untuk burn ke dalam CD.

      Awak kena burn CD dan guna Ubuntu CD dulu baru boleh masukkan ke dalam pendrive, macam yang saya dah tunjukkan dalam artikel ni.

      • miz on 15 Mar 2009

        Saya dah try but pakai usb tapi tak run pun apa masalahnya. Bios setup pun dah buat.

        • MK on 21 Mar 2009

          @miz, mungkin gak masalahnye pada usb drive awak. Sesetengah usb drive memang tak boleh jadi bootable. Kalau saya, saya gunakan Kingston yang biasa, dan boleh boot.

  13. piratz on 30 Mar 2009

    brape saiz ubuntu bile dah install?

  14. uBi on 06 Apr 2009

    sapa yg baru berjinak2 dgn ubuntu macam saya..leh try guna portable ubuntu.. utk kenal cemana ubuntu.. hehe.. tak perlu install.. leh run terus selepas extract dari rar.. leh download kat sini.. 400> MB kalu tak silap..

    http://www.mininova.org/tor/2439364

    pakai pubuntu ni ok la.. internet terus leh guna.. firefox berfungsi.. transmission leh download.. command tak try lak.. sbb tak reti guna command.. baru 1st time main ubuntu tadi.. hehe.. sekadar berkongsi dengan semua ;) hehehe

  15. mr. s on 29 Apr 2009

    tq 4 your info…
    sy ni peminat setia ubuntu…
    tp masalahnya sy tak dapat nak connect wireless…
    leh tak MK tolong terangkan mcm mana nk connect wireless pd ubuntu..
    tq skali lagi…

  16. ApaAja on 12 May 2009

    boleh tak ubuntu diguna dengan modem huawei e220..?

    ari tu sy ade install ubuntu, tp ade masalah nk connect internet disebabkan sy guna celcom broadband dan modem e220.

    harap dapat bantuan dari kwn2..trimas.

    • MK on 12 May 2009

      @ApaAja: Hm, tak ingat la huawei e220 ni yang mana satu. Tapi tak silap saya, start dari Ubuntu 8.04 lagi dah banyak support untuk modem2 yang banyak pakai kat Malaysia ni, cuba la dulu :)

  17. blogsafar on 27 May 2009

    panduan yang menarik dan berguna……..
    terima kasih

  18. WanzPyra on 14 Sep 2009

    Salam semua, sekadar nak kongsi..
    @mr. s – Untuk menggunakan wireless dalam ubuntu, kena pasang dulu ndisawrapper. Ndiswrapper ni crossover utk menggunakan driver windows dlm ubuntu. Make sure dulu ubuntu versi apa kita pakai. Cth Ubuntu Interpid 8.10. Pastu cari driver wireless utk pc kita. Cth laptop acer aspire 4715Z. Cari menggunakan en. google driver wireless untuk laptop tsb atau boleh gunakan cd driver yang kita dapat waktu beli laptop. Ok kemudian ikut step berikut:
    1. Pastikan kita dah dapatkan driver wireless untuk windows, biasanya fail berakhir dengan ‘.inf’. Cth net5211.inf untuk acer 4715Z.
    2. Install ndisgtk (System ? Administration ? Synaptic Package Manager).
    3. Buka ndisgtk (System ? Administration ? Windows Wireless Drivers).
    4. Sekarang pilih Install new driver.
    5. Cari lokasi fail .inf tu ditempatkan dan klik Install.
    6. Dan selesai klik OK.
    Sekarang dah boleh gunakan fungsi wireless dalam Ubuntu.

    @ApaAja – untuk ubuntu 8.10 Intrepid Ibex dan release terbaru 9.10, penggunaan modem huawei e220 dah tak ada masalah. Dia autodetect. Cuma sekiranya untuk ubuntu 7.10 ke bawah, perlu kaedah yang lebih tricky menggunakan arahan dalam terminal. Nasihat saya, dapatkan jer Ubuntu release terbaru, lebih mudah. Wallahualam..

  19. ashraf on 24 Sep 2009

    pandrive saya tak boleh nak detect. bila saya cucuk pandrive, dekat taskbar tu akan muncul safety remove hardware tapi bila saya buka my computer pan drive saya tak muncul macam mana nak buat ada software yang boleh bantu tak?

  20. SMILEMONAVIE on 05 Feb 2010

    bagai mana nak buang history dlm search ghoogle tu

  21. terry on 16 May 2010

    laptop saya guna os ubuntu cuma masalahnya connection internet. wireless boleh detect mana2 wifi dan status connect. tapi bila masuk google ” page cannot display ” apa masalahnya 2


Tinggalkan komen anda