Sembang Komputer

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

Undi Artikel Kegemaran Anda Di Negaraku!

9 August, 2008 (11:19) | Laman Web | Oleh: MK

Negaraku!

Perasan tak butang kecil “Fave it!” kat bahagian atas-kanan artikel ni? Dengan menekan pada butang ni, anda dapat mengundi artikel kegemaran anda di laman web Negaraku! yang baru sahaja dilancarkan oleh NoktahHitam.

Ok, apa dia laman web Negaraku ni ye? Ia bagaikan Digg versi Malaysia, yang khusus untuk artikel-artikel dari laman web tempatan. Negaraku memudahkan anda untuk mengetahui artikel dan berita yang paling hangat diperkatakan sekarang, serta laman web menarik yang anda tak pernah lawati sebelum ini. Anda boleh mengundi artikel-artikel kegemaran anda suapya ia lebih popular dan dapat dikongsi ramai. Dengan mengundi juga, anda dapat menunjukkan sokongan terhadap blog kegemaran anda.

Sebelum dapat mengundi, anda terlebih dahulu harus mendaftar di Negaraku. Untuk mengundi artikel kegemaran anda, terus klik pada butang “Fave it!”, seperti yang terdapat pada artikel ini. Jika butang tersebut tertulis perkataan “Go”, anda hanya perlu menyertakan sedikit maklumat tentang artikel tersebut di Negaraku. Jika butang tersebut tertulis nombor di atasnya, anda terus boleh meningkatkan undi bagi artikel tersebut.

Bagi para penulis blog pula, berikut merupakan panduan ringkas tentang cara-cara menambah butang Negaraku di blog anda (via Negaraku):

Kod HTML Ringkas:

Copy dan paste kod HTML di bawah ini di laman web anda (gantikan url-saya dengan alamat laman web anda):

<script type='text/javascript'>submit_url='[url-saya]‘;</script>
<script src=’http://negaraku.net/evb/button.php’ type=’text/javascript’/>

Untuk Blogspot.com

Untuk Blogspot lama:

Cari $BlogItemBody$ dan tambahkan kod tersebut di bawah </div>:

<script type='text/javascript'>submit_url='<$BlogItemPermalinkUrl$>';</script>
<script src='http://negaraku.net/evb/button.php’ type=’text/javascript’/>

Untuk Blogspot baru:

Cari data:post.body/ dan tambahkan kod tersebut di bawah</p>:

<b:if cond='data:post.url'> <p><script type='text/javascript'>submit_url='<data:post.url/>';</script> <script src='http://negaraku.net/evb/button.php’ type=’text/javascript’/></p> </b:if>

Plugin Negaraku! Untuk Wordpress

NoktahHitam telah menyediakan plugin Negaraku untuk Wordpress. Dengan plugin ini, anda boleh menetapkan kedudukan bagi butang Negaraku dengan mudah. Ikuti langkah mudah ini untuk memasang plugin:

  1. Download plugin dari blog NoktahHitam.
  2. Unzip fail tersebut dan upload ke dalam folder Plugin anda (wp-content/plugins)
  3. Pergi ke bahagian Admin di Wordpress, dan aktifkan plugin tersetut.
  4. Anda boleh menetapkan kedudukan bagi butang Negaraku di Settings > Negaraku! Options

Popularity: 10% [?]

Entri berkaitan

Komen

Komen dari NoktahHitam
Masa: August 9, 2008 pada 12:59 pm

Woh! Full write up in BM!

Entri terkini NoktahHitam: Ghost Sightings: Hantu Car Park

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@NoktahHitam: rajin kan. haha

Komen dari kita
Masa: August 9, 2008 pada 1:57 pm

aku pun dah review pasal ni dah join

[Balas komen ini]

Komen dari khai
Masa: August 10, 2008 pada 2:43 am

ntah kenapa.. tak berminat nak join menda ni. kui2…

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@khai: nape tak berminat, jom la sokong hasil buatan Malaysia.. huhu

Komen dari aeropama dot com
Masa: August 10, 2008 pada 7:04 am

aku sudah install dan activekan plugin ni. tapi masih takde sape nak tekan. mungkin sbb orang kita ni tak berapa terdedah dan gemar dengan social bookmarking…

Entri terkini aeropama dot com: Elakkan Bangga Dalam Pembelian.

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@aeropama dot com: biasa la, benda baru. ambil masa sket nak jadi popular..

Komen dari kaizer
Masa: August 20, 2008 pada 6:39 pm

tak dapat cari la kat dlm edit html blog saya ni.cm mn ek?

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@kaizer: guna blog apa, blogspot ye?

Pingback dari Butang Negaraku! Baru | SembangKomputer.com
Masa: November 5, 2008 pada 10:59 pm

[...] butang terbaru untuk mengundi. Jika anda masih lagi blur² pasal Negaraku, sila teruskan bacaan anda di sini sebelum memulakan yg [...]

Komen dari shandye
Masa: November 20, 2008 pada 1:19 am

MK…
dalam template blogspot baru sy nk letak that stuff kat mana? pening ar.. huhu…

[Balas komen ini]

Berikan komen