Undi Logo Untuk Forum SK

October 27, 2008 |  by MK  |  Sembang Editor  | 

Pertandingan mereka logo untuk Forum SK telah ditutup pada 13 Oktober lagi. Namun oleh kerana kesibukan (a.k.a procrastination :p) yang tak dapat dielakkan, baru hari ini saya berpeluang untuk menutupnya secara rasmi. Terima kasih terhadap semua yang mengambil bahagian.

Banyak juga logo yang saya terima dari para pembaca. Sepanjang sebulan pertandingan dibuka, jumlah logo yang telah dihantar adalah sebanyak 52 buah. Untuk menyenangkan kerja anda, saya telah membuat tapisan terhadap logo-logo ini. Hasilnya, sebanyak 10 buah logo telah berjaya ke pusingan akhir ^^

Di sini saya pamerkan 10 buah logo yang terbaik. Mana satu yang akan menjadi logo di Forum SK, andalah yang tentukan. Tolonglah undi sekali ye!

Update: Undian akan dibuka selama 5 hari sahaja. Undilah dengan bijak, gunakan hak anda sebagai rakyat Malaysia.

  1. logo (0)
  2. logo (1)
  3. logo (2)
  4. logo (3)
  5. logo (4)
  6. logo (5)
  7. logo (6)
  8. logo (7)
  9. logo (8)
  10. logo (9)

[poll id="2"]

Bookmark and Share


59 Comments


  1. pertama sekali aku kecewa sbb aku xtersenarai dlm top 10..haha..sbb aku sajer nak start submit logo..nak galakkan org lain submit gak…

    kedua, ni logo utk forum…bukan utk SK.com..ikutkan ati aku xnak vote semua psl macam xde URL utk forum tuh jer…tp aku pilih jer logo mana ada perkataan forum

    ketiga, daripada semua logo ada perkataan forum, aku suka no 1 tp sbb dia salah URL, terpaksa aku reject dan aku memilih design no 2 psl simple n smart !

    • @|1f34|-|1r3, nampak sgt design ko buruk smpai MK rejek. keh keh keh

      MK,

      aku suka no 4. simple dan kemas. tapi kalau tulisan tu kasi menonjol n nampak 3D sket mesti menarik

    • @|1f34|-|1r3: aku faham niat baik ko yam.. tapi ko tersenarai di nombor 11.. hehe. cuba lagi tahun depan, eceh.

    • @|1f34|-|1r3 dan MK, lebih baik “Forum SK”, daripada “SK Forum” sebab ia melibatkan isu bahasa. Bahasa melambangkan bangsa. Oleh sebab itu aku pilih no 4 untuk kes ini. Design juga kemas dan cool.

      Kedua, aku sukakan putih daripada hitam, kerana putih melambangkan kebaikan dan kesucian hati dalam berkongsi ilmu komputer, berbanding dengan hitam yang melambangkan kekejaman seperti noktahhitam ekekeke. Sebab tu jugak aku pilih no 4 dan no 8.

      Ketiga, dalam suatu forum, perkataan “Forum” itu kurang penting, jika nak dibandingkan dengan perkataan “Sembang” dan “Komputer” serta ikon komputer. Gabungan ketiga2 entiti ini memberi kefahaman dalam impresi pertama seseorang tentang forum ini. Sebab tu aku pilih no 8.

      Sekian bebelanku… ;)

  2. yang no. 2 paling smart. chayo2!

  3. Salam Mk.
    If aku jadik host pengacara. Aku akan vote untuk no 10.
    tapi tak casel… sebab nya tulisan Forum dah cantik, kantoi tang SK.
    So, aku pilih no 4 sebagai alternatif untuk juara.

    Hehehe… meandai jer komen~

    Untuk no 4
    1. Kekemasan dari segi tema dan icon kecik kecik.
    2. Tulisan mudah dibawa, walaupon icon berskala kecik.
    3. Pembayang dan ton warna yang agak menyerlah.
    4. Lebih bermakna kalau pencipta logo mengekalkan perkataan SK.Com.
    5. Totally aku suka no 4.

    Cayok ar MK. Semoga forum dan blog bertambah maju~
    Kreuger®

  4. ingat undi guna sms… ha ha.. klu aku mgkin yg no 4 tuh… warnanya menonjol kot…

  5. aku suka logo yg no. 6 tuh. tapi mcm tak sesuai dengan tulisan ’sembang komputer’ tu. yang no. 4 pun cantik gak. huhu

  6. aku pilih no 6..
    kemas dan kreatif..
    cuma tulisan terlalu kecik.. abaikan..

    yang penting adalah logo..

    muktamad no 6..

  7. aku suka no 3.. undilah no 3.. (tu bukan aku punya eh, aku x submit pon logo)

  8. undi anda adalah rasia…ekeke…
    mcm da bole agak je sape pemenang ni…:D
    undian ni tamat bila MK?

  9. Oh! Aku nak masuk, bole tak? Ciss.. ni sebabnye tak masuk forum selalu

  10. aku xmasuk pun sb memg tau xkn terpilih..
    kui3!!

  11. walaupon logo pakcik ade kat dalam tuh.. pakcik tetap vote nombor 4.. memang kemas logo nie

  12. No.6 tuh ok, Logo dia mmg menarik, kreatif.

  13. Kak Jie vote no 6 sebab – ada Sembang Komputer
    yang no 4 tu cantik juga tapi ada SK saja….nnt org akan cari
    SK for what…SK?
    Shah Rukh Khan?
    ini pendapat je

  14. no 4 melambangkan menarik! cool! dan terkini ;)

  15. saya pilih 3 dan 8. tapi 4 pun cun gak, simple & smart

  16. logo number 6.
    sangat unik dan techie.
    sesuai dengan niche forum tu.
    color contrast dia pun oke jugak.

    6 !! 6 !! haha

  17. 6! Cuma tambah perkataan Forum je nanti.

  18. saya undi no 2!!
    haha..tp masih sikit bilangan undi nye..
    cepat semua undi no 2..haha

  19. Saya suka yang no.4 tu. Sunnguh chic.

  20. pada pendapat pak cik lah. pakcik ske no 1 tu. bukan ape nampak best skit la ada kaler2 kan tp sume nak pilih no 4 pakcik pun pilih la no 4. cuma bagi la 3d skit MK. SK tu ape? Saya Kecil Ke Saya Kuat?

    Jadi Sebulat Suara Saya Sorang Pilih No 4

    • @xen, SK tu maksudnye Sembang Komputer. mungkin nama forum ni boleh disingkatkan lagi kepada FSK, tengokla camne nanti.. ^^

  21. Sy pilih nombor … opsss undi adalah rahsia.
    Cecepat laa undi nombor 4 weh. :)

  22. MK orang senang nak cheat poll ni….

  23. aku pun sokong no 4 tu. tp lagi best klu perkataan sk tu didahulukan. coz bila baca mcm pelik lak ayat dia

  24. erk . logo aku tak tersenarai . waa. (mksud aku yg last skali . sbb last skali la aku plg fokus . ceyt)

  25. kalau just sk je.. cam tergantung… orang tak faham.. jadinya aku pilih no 6.. lagipun nampak unik dan bersih designya..

  26. life4hire , bile pulak la aku salah url . btol je . =)

  27. Dah vote! (^_^)\/

  28. aku prefer no. 4. hoho

  29. Hua Hua Huaaa…aku langsung tarak kat senarai tue..huhu!~
    Sbb..aku silap buat..wakakakakaka…!

  30. uish rugi tak perasan ada pertandingan nih..aku mmg suka design logo nih :D

  31. Salam

    Saya sokong dan akan menyokong dan terus menyokong nombor 6 kerana personally pada pendapat saya ianya lebih “cool” … “visual” in terms of potray n represent “SEMBANG KOMPUTER.COM”.

    It’s very simple and I kindda attached to it .. as a user …

    Thanks ya’all! Chill :p

  32. hey nono here.. i vote for no 1 and 2..
    pasal nampak stylo :)

  33. tarikh tutup 1 november….

  34. alamak mungkin aku terlambat.. tapi aku suka no 10 hehehe

Trackbacks

  1. Simple Forum SK Logo | Ahmad Rushdi Dot Com
  2. Keputusan Undian Logo Forum SK | SembangKomputer.com

Leave a Reply