Update Twitter Secara Automatik Mengenai Entri Terbaru Di Blog Anda

Twitter merupakan satu alat yang bagus untuk anda mempromosikan blog anda. Jika anda mempunyai followers yang ramai, anda boleh menghantar update di Twitter mengenai entri terbaru di blog anda.

twitterfeed-01

Jadi apabila anda baru siap menerbitkan entri baru, anda perlu memendekkan dulu link kepada entri tersebut menggunakan servis seperti bit.ly dan is.gd. Kemudian, URL yang telah dipendekkan ini akan disertakan bersama update di Twitter.

Tapi, alangkah baiknya kalau proses ini dapat dilakukan secara automatik, kan? Dengan Twitter Feed, update akan dihantar kepada Twitter anda setiap kali ada menerbitkan entri baru di blog.

twitterfeed-02

Anda perlu mendaftar di Twitter Feed terlebih dahulu. Kemudian, log in dan tetapkan blog serta akaun Twitter anda.

Cara ini bukan sahaja memudahkan dan meningkatkan produktiviti, malah ia membantu followers anda memahami entri apakah yang diterbitkan.

Nota 1: Elakkan update Twitter seperti “Blog aku dah hapdet.  Tengok la weh http://sembangkomputer.com”, kerana followers tidak dapat mengetahui apakah kandungan entri tersebut.

Nota 2: Elakkan juga tweet yang berulang-ulang seperti “Blog komputer yang hebat! http://sembangkomputer.com” kerana ia menyemakkan mata.

Nota 3: URL bagi laman web sepatutnya diletakkan di profile, dan followers akan klik pada profile anda sekiranya mereka betul-betul berminat dengan laman web anda (atau berminat pada anda).

29 thoughts on “Update Twitter Secara Automatik Mengenai Entri Terbaru Di Blog Anda

  1. oh, twitter feed… skang ni aku pakai twitter feed dgn plugin Twitter Tool.. so setiap kali update, double update kat twitter.. haha.. tp twitter feed ni agak lambat sbb feed lambat update..

    • @mrkay: Oh, ada plugin Twitter tool lak eh untuk WordPress, baru tau. Ok gak tu.
      Sebab feed memang lambat update sikit, pastu TwitterFeed ni check selang setengah jam je paling cepat…

  2. setakat ni aku ada gunakan plugin untuk blog aku, automatik dia akan tweet ke twitter bila blog aku diupdate. nnt aku kongsikan plugin tu. tp untuk pengguna wp ajalah. hehe

    • @Kujie: Betul2, Twitter ni tak macam feed atau Facebook, sebab kita selalu bagi perhatian pada timeline dia. Kalau dah semak sangat timeline, susah nak filter informasi mana yang betul2 berguna… huhu.

    • @KNizam: Kadang2 aku pun rasa ada tweet yang kurang sesuai untuk FB, huhu. Tapi malas sangat dah nak update satu2 :P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">