Bagaimana Nak Update Twitter Dan Facebook Dengan Serentak

update-twitter-facebook-serentak

Facebook merupakan sebuah laman social networking yang paling popular kini. Twitter pula adalah sebuah servis microblogging yang hangat diperkatakan di kalangan golongan profesional seperti blogger, artis, malah tokoh negara.

Jadi, bagaimana pula jika anda aktif di kedua-dua laman web tersebut? Satu kerja pula kalau anda perlu update status di dua tempat yang berlainan, kan.

Jika anda mahu update di Twitter dihantar secara automatik ke status Facebook, anda boleh gunakan aplikasi Facebook seperti Twitter ataupun Selective Twitter Status.

Twitter akan menghantar kesemua tweet anda ke status Facebook, kecuali tweet yang bermula dengan simbol ‘@’. Selective Twitter Status pula membenarkan anda memilih tweet mana yang akan dihantar kepada Facebook dengan meletakkan hashtag ‘#fb’ di hujung tweet anda.

SupaSync

Namun baru-baru ini, saya terjumpa SupaSync yang lebih fleksibel berbanding Twitter dan Selective Twitter Feed. SupaSync menawarkan lebih banyak pilihan untuk mengintegrasikan Twitter dan status Facebook anda, seperti:

  • Hantarkan kesemua tweet anda ke Facebook.
  • Hantarkan tweet yang mengandungi kata kunci sahaja (contohnya ‘#fb’)
  • Hantarkan tweet yang tidak mengandungi kata kunci sahaja.
  • Tetapkan kata kunci anda sendiri.

supasync

SupaSync tidak akan menghantar sebarang tweet yang mempunyai simbol ‘@’ di dalamnya (berbeza dengan Twitter tadi, yang hanya mengecualikan tweet yang bermula dengan simbol ‘@’). Jadi, rakan-rakan anda di Facebook tidak akan keliru dengan RT, atau tweet yang menyatakan (mention) pengguna twitter yang lain.

P/S: Terdapat juga klien Twitter yang boleh menghantar update ke Twitter dan Facebook dengan serentak, contohnya TweetDeck dan Seesmic. Namun saya lebih gemar update Twitter di laman web sebenar, kerana ia lebih pantas, malah boleh digunakan bersama gladlyCast.

16 thoughts on “Bagaimana Nak Update Twitter Dan Facebook Dengan Serentak

  1. Pingback: Celcom Memperkenalkan Facebook Via SMS | aMaNz

  2. Pingback: Update Twitter & Facebook Serentak Tanpa Spam Facebook Live Feed | Roslan Nazri

  3. kalu taknak semuanya camna?
    tak main fb n twitter pon diaorg tolak duit RM1 sminggu. nak off camne yer?

  4. Pingback: Blog DuniaSiber » Blog Archive » Facebook Mobile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">