
Para pembangun WordPress sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan menambah ciri-ciri yang ada pada platform blog yang popular ini. Sebab itulah setiap kali versi baru WordPress dikeluarkan, para pengguna berlumba-lumba untuk menaiktaraf blog mereka kepada versi yang terbaru ini.
Kini, dengan WordPress 2.7, proses menaiktaraf menjadi lebih mudah. Anda hanya perlu klik pada butang upgrade, dan semuanya akan dilakukan secara automatik.
Jadi, bagi yang belum mempunyai WordPress 2.7, anda masih perlu melakukan proses menaiktaraf ini secara manual. Jangan bimbang, kerana ia tidaklah sesusah mana. Langkah-langkah di bawah saya terjemahkan dari panduan rasmi menaiktaraf WordPress:
Panduan Menaiktaraf WordPress
Langkah 0: Sebelum anda bermula
- Backup blog anda terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga. Sekiranya proses naiktaraf tak berjaya, anda boleh restore kembali fail backup ini untuk memulihkan kembali blog anda
- Lihat panduan untuk backup blog di sini (Bahasa Inggeris). InsyaAllah nanti saya akan tuliskan panduan backup WordPress dalam Bahasa Melayu pula di Sembang Komputer.
- Nyah-aktifkan semua plugin anda. Anda boleh aktifkannya semula setelah proses naik taraf berjaya.
Langkah 1: Gantikan fail WordPress
- Download fail WordPress yang terbaru dan extract fail tersebut.
- FTP ke dalam server blog anda, dan delete folder wp-includes dan wp-admin.
- Copy semua fail dan folder WordPress yang baru tadi ke dalam server, overwrite kesemua fail di dalam server (kecuali folder wp-content, lihat “NOTA” di bawah)
NOTA: Bagi folder wp-content, copy semua kandungan di dalamnya dan bukannya folder itu sendiri.
Pastikan fail wp-config.php anda tidak diganggu, kerana fail ini biasanya tidak berubah. Jika anda ingin lihat samada fail ini berubah atau tak, bandingkan fail wp-config.php lama dengan yang baru, dan perhatikan kod apa yang ditambah. Anda kemudian hanya perlu menambah kod itu sahaja ke dalam fail wp-config.php yang lama.
Langkah 2: Naiktaraf WordPress anda
Pada web browser anda, buka bahagian admin di /wp-admin. WordPress akan mengesan yang anda telah menggunakan fail WordPress yang baru, kemudian menyediakan satu link/buttang untuk anda naiktaraf WordPress anda. Klik pada link/butang tersebut dan tunggu hingga proses selesai.
Langkah 3: Proses naiktaraf siap!
Sekiranya semuanya berjalan lancar, WordPress anda akan dinaiktaraf kepada versi yang terbaru dengan jayanya.
Ringkasan
Sekiranya ringkasnya, apa yang anda perlu buat adalah:
- Buat backup bagi blog anda dan deactivate kesemua plugin.
- Download fail WordPress dan extract.
- Copy kesemua fail ini ke dalam server anda, overwrite fail lama.
- Masuk ke bahagian admin di /wp-admin dan klik butang Upgrade.
hehe.. cara aku macam nie http://menteil.wordpress.com/2008/12/12/wordpress-upgrade-tutorial/
tapi tak tau betul ke tak.. hehe..
sama je la tu, cuma ko punya tutorial ada gak la gambar2, bagi senang faham.. aku malas.. huhu.
nanti la ada masa, aku tambah sket screenshot untuk entri ni
Kak Jie biasa upgrade secara auto tapi 2.7 ini belum upgrade lagi
teringin sangat nak memcuba scara manual tetapi internet slow sangat 2 hari ni..
terimakasih…info yang bagus
saya dulu pernah try gak plugin auto-upgrade (bukan yang WP2.7 punya), tapi tak jadi.
nak upload manual ni pun kena pergi kat wi-fi. kalau kat rumah memang lambat ah, huhu.
tapi dengan WP2.7 ni memang senang auto-upgrade dia. saya try upgrade dari WP2.7RC ke WP2.7, smooth je
bro, dpt gune flash upload tak? and, auto upgrade utk plugin tu jadi tak? saya punya fail je. x penah lepas. duh. semua ni after upgrade to 2.7
flash upload, tak pasti la plak sebab aku tak pernah upload imej kat bahagian admin, semua pakai Windows Live Writer je.
untuk auto-upgrade plugin tu, mula2 memang aku pun ada masalah. tapi sekarang dah ok dah, aku tak buat pa pe pun (tak faham gak nape).
trimas
sama-samas
aku tak pernah upgrade secara auto sbb pertama kali aku install plugin tersebut dan cuba upgrade, ia ambil masa yang sangat lama. 3 jam pun tak abis2.
update manual cepat je. 10 min setel!
aku pun tak bernasib baik bila guna plugin auto-upgrade yang dulu. tak jadi pun.
tapi function auto-upgrade yang dah built-in dalam WP2.7 dah ok dah, klik satu button je, semua automatik
terima kasih MK… aku pening jgak sbelum ni.. dgn ko beri penerangan detail.. mudahla keje aku..
kalau penerangan kat atas tu nampak macam panjang, ko baca tang ringkasan tu je, senang.
lepas ni, semua org leh upgrade dr dlm Dashboard je.. he he =) tgk la mana lagi laju, manual ni atau auto yg baru itu..
semua orang akan jadi malas nak bukak FileZilla dah pasni.. semua guna Dashboard, huhu.
artikel yang bagus..
sygnya, hosting aku dah mampuih! (free)
aku pakai blogspot je skang.
@flip9, asal ko nyer mati… ko lame x online la ni kot…
Yeah! Terima kasih banyak-banyak.
Berjaya juga aku naik-taraf ke WP2.7
Mula-mula cuak juga lah. Berdebar-debar.
MK,
Ko pakai plugin ape? semua perkataan English kat sini ada underline. cm menarik je
plugin acronym. perkataan kita kena set sendiri
pasni lagi senang ar orang nak upgrade..
baru ni aku update pakai fantastico je..huhu
anyway..aku ada release theme baru..
check it out ok :D
spam jap ye mk..hee
oh, aku lak jarang sentuh fantastico neh.. slama ni buat manual je.
oho, theme baru ye. nanti aku check
aku slalu upgrade manual jer, coz takut tgh-tgh auto-upgrade, celcom broadband wat hal tetiba..hancus satu blog..haha
sebab tu la aku tak pernah upgrade guna internet sendirik. nak upgrade je mesti pergi ke wi-fi
hm…masih fkr..nk join wordpress atau tidak…nak atau tidak..byk invitation kak nani dpt ni.. hm..
hmm, i dunno. some blogs are better in blogspot you know. and btw, blogspot saya dah up balik dah kak nani :)
Percaya kata aku. Fantastico lagi senang kalau nak upgrade. Just one click and you’re done! hee..
mcmane nak disable snap dekat link? aku buat tak boleh la bro.
snap apa ni ye, function kat wordpress.com ke?
@MK, ala. snapshot. cuba kau try bukak kat blog aku. kau g kat sidebar and kau g la
kat mana mana link. tapi jangan klik.
@munirah, try baca sini http://www.blork.org/blorkblog/2008/03/31/how-to-disable-snap-shots-on-blogs/
@kurt, mekaseh kurt :)
@munirah, kat dashboard, pergi ke Appearance > Extras, dan uncheck “Enable Snap Shots on this blog”
@MK, mekaseh mk :)
salam bro MK..
nk tanya ni, yg upgrade wordpress ni, tuk akaun berbayar je ke? kalo wordpress percuma leh upgrade gak ke?
@sidqi, wordpress yang free tu, dia automatic upgrade
@MK, oh ye ke.. terkial2 aku nk upgred sblum ni haha..
btw, cane nk tgk wordpress kita versi brapa ye?
trimas bro! :)
@sidqi, pergi pada Tools > Upgrade. Kat situ ada tunjuk WordPress version berapa, dan perlu upgrade ke tak.
@MK, thankz bro, barakaLLAHu :)
Ribuan terima kasih. Panduan disini amat berguna.
Mk nk tanya sikit..ak ni xpaham sgt ngan word press ni..akminat berblog ni tp kan..aku nk tau word press ni blog yg berbayar ker??Word press ni sebenarnya utk buat blog ker??
Terima kasih…Mk kerana memperkenalkan laman web abgWebMaster..kepada saya..ianya banyak mebantu….TQ………….. :)
bagaimana pula kalau aku guna 1blog.my ni?
blh upgrade?
sbb uku bkn admin….
HUHHU