Video Reviu Pilihan Sembang Komputer: Ogos 2009

Rasanya sedikit lewat untuk saya mengumumkan video pilihan untuk Pertandingan Membuat Video Reviu bagi bulan lepas. Takpe la, biar lambat asal selamat :p

Sebanyak dua buah video telah dihantar pada bulan lepas, iaitu Reviu Nokia 5800 oleh NoktahHitam, dan juga Reviu Nokia 1209 oleh Loq. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua perserta kerana menjadi antara orang terawal menyertai pertandingan ini. Muda-mudi macam ni lah yang akan berada di barisan hadapan mempertahankan negara nanti.

Jadi, tanpa melengahkan masa, saya akan mengumumkan pemenang bagi pusingan pertama pertandingan ini adalah…

NoktahHitam!

*Tepuk 3x*

noktahhitam

Ini bukanlah satu keputusan yang sukar, kerana sememangnya reviu daripada NoktahHitam adalah jelas dan mesejnya sampai. Video dan audio yang jelas, malah disertai dengan caption, sangat membantu pemahaman. (Yang paling mahal sekali adalah suara romantis beliau, terus tambah 50 markah, hahaha :P)

Jadi dengan ini, NoktahHitam berhak meletakkan sebiji iklan di sidebar Sembang Komputer selama sebulan. Dan InsyaAllah akan saya buatkan satu entri khas tentang Negaraku, sebagai tanda terima kasih atas penyertaan pertama.

loqnerd

Buat Loq, janganlah berduka lara kerana anda juga berhak meletakkan sebiji iklan di sidebar! Ye, tak tipu. Sebagai tanda terima kasih atas kegigihan membuat reviu meskipun guna telefon bimbit pinjam. Anggap la ini rezeki Ramadhan :)

Pusingan kedua Pertandingan Membuat Video kini dibuka. Buatlah ulasan mengenai apa sahaja, nak buat cara-cara tutorial memasang hard disk pun boleh.

Dan oh, satu lagi. Bukan sahaja video, kalau anda boleh buat screencast, itupun diterima. Contohnya, cara-cara memasang WAMP/MAMP pada komputer oleh AbdusFauzi. Tak semestinya tutorial yang kompleks, asalkan ianya satu perkongsian ilmu, cukuplah. Selamat mencuba!

P/S: Masih menunggu janji-janji manis daripada Amanz dan AzmanIshak untuk menghantar video =.=

48 thoughts on “Video Reviu Pilihan Sembang Komputer: Ogos 2009

    • @megat: Hehe, kalau tak boleh bikin video, buat screencast pun oke. Kat Windows, boleh guna Cam Studio untuk ambil screencast.

  1. aku nak wat review yg paling simple dan paling mudah utk org paham…tentang camne nak replace bateri remote control tv yg dah weak…hehehe

  2. hoho tahniah wat eddie dbb dapat traffic dari MK.. hebat2.. Loq pon sama… jeles aku.. erm aku ada HP baru.. tapi takde camera la nak snap video.. screen cast tak reti wat.. hehee..

    • @Kill-Vearn, Eddie tak dapat trafik dari aku pun, hit dia dah mantap, haha. Aku pun tak pernah buat screen cast sebenarnye, tapi ingat nak try gak ah satu, pos kat SK.

  3. aku berminat la nak join. tp masalahnya, engga ada camcorder dong! haha. laptop pun takde webcam. sinis betul.

    kalau aku ade mungkin aku akan buat video : How To Hack Streamyx. Hehe.

    • @safar, Hehe, nanti aku buat gak la satu. Kamera dah ada, cuma kalau ada tripod atau orang yang rakamkan, cantik sikit video.

  4. hehehe janji manis… hehehe maaf MK.. aku ni
    terperasan suara sedap.. jadi amat malu nak entrerprem.

    kalau round ke dua.. aku bebas buat review apa saja eh?
    tutorial pon boleh.. ini dah rasenye perkara yang aku tunggu.
    aku sedang mencarik menatang apa aku nak review. sebab
    sebelum ni dah banyak aku tulis tutorial pon… depends kepada yang
    paham jer la.. ok ok.. aku cube la kali ni.

    • @Kreuger: Hehe, sebenarnye dari round pertama dah bebas dah nak buat reviu atau tutorial apa pun. Handset tu sebagai cadangan je pun.
      Huhu, akan kutunggu penyertaan darimu jua :)

    • @atreyu strange: ala, cuba la buat bahasa melayu (that’s kind of the whole point, anyway). kalau segan nak cakap, buat la subtitle ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">