Windows 7 Beta – Pandang Pertama

windows-7

Alhamdulillah selepas berhari-hari saya biarkan PC saya terpasang, dapat juga saya siapkan download Windows 7 Beta ini. Setelah siap, terus saya burn ke dalam DVD untuk mencubanya segera. Proses pemasangan Windows 7 Beta adalah mudah dan pantas, malah lebih pantas dari Vista dan XP.

Apa yang dapat saya katakan ialah, saya kagum dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Windows 7 Beta. Akhirnya, Microsoft sudah mendengar keluhan pengguna dan mula memperbaiki sistem pengoperasian mereka serta menambah pelbagai ciri-ciri baru. Dalam entri pada kali ini, saya akan bawa anda untuk melihat Windows 7 Beta:

Ubahsuai Desktop dan Tema Windows

Desktop asas Windows 7 Beta adalah berwarna biru, dengan gambar seekor ikan di tengah lautan yang luas. Apa simboliknya ikan ini ya? Saya pun tak tahu.

desktop

Klik kanan pada desktop untuk melihat menu Gadgets dan Personalization. Dari menu inilah anda dapat mengubahsuai desktop Windows 7 Beta mengikut citarasa anda.

Dari menu Gadgets, anda boleh menambah apa-apa gajet dan susun (atau teraburkan) pada desktop anda.

gadgets-02

Dari menu Personalization pula, anda boleh mengubah tema, warna, mahupun bunyi dalam Windows.

personalization

Apabila anda mengubah tema, wallpaper dan warna asas turut diubah. Saya dapati proses menukar tema ini lebih pantas dari Windows XP.

theme

Taskbar dan Start Menu Pelbagai Fungsi

Ikon dalam Taskbar adalah lebih besar, tanpa teks di sebelahnya. Semua tetingkap yang terbuka dalam Windows tidak diletakkan satu-persatu pada Taskbar, tetapi disusun mengikut program tersebut.

Windows 7 Taskbar

Apabila anda menggerakkan mouse di atas taskbar, ia akan memaparkan thumbnail mengenai yang sedang dibuka. Anda juga boleh gerakkan mouse pada thumbnail tersebut untuk paparkan saiz sebenar tetingkap tersebut. Malah, anda boleh terus tutup satu-satu tetingkap dari thumbnail ini.

Windows 7 Taskbar

Start Menu adalah peningkatan dari Windows Vista. Apabila anda mula menaip dalam Start Menu, ia akan mencari program mengikut kata kunci anda.

start-menu

Terdapat banyak lagi fungsi yang berguna dalam Taskbar dan Start Menu, akan saya muatkan dalam entri yang lain.

Program-program Asas

Pelbagai program-program asas dalam Windows 7 telah mendapat sentuhan baru, serta diberikan antaramuka Ribbon. Antaranya ialah Paint:

paint

WordPad juga kini berkeupayaan membuka fail .docx meskipun anda tidak mempunyai MS Office 2007.

wordpad

Calculator boleh didapat dalam empat mod: Standard, Scientific, Programmer, dan Statistics.

calculator

Jadi bagaimana pula dengan Notepad? Jangan bimbang, bagi mereka yang pentingkan fungsi minimalis, Notepad lama masih dikekalkan.

notepad

Sambung Kepada Wi-Fi dengan Mudah

Ikon network yang terletak pada Taskbar memudahkan anda untuk menyambung pada mana-mana Wi-Fi di kawasan anda. Hanya klik pada ikon tersebut, dan pilih pada sambungan Wi-Fi yang anda mahu.

wifi

Tanggalkan USB Drive dengan Mudah

Apabila anda klik pada ikon “Safely Remove Hardware”, ia bukan sahaja memaparkan drive letter bagi pen drive anda, malah namanya sekali. Jadi anda tahu pen drive mana yang anda ingin tanggalkan. Mungkin ini hanya fungsi yang kecil, namun ianya sangat memudahkan kerja.

removable

Kawal Notifikasi dari User Account Control (UAC)

Sekiranya dalam Vista, fungsi UAC sangat menyusahkan anda, kini pada Windows 7 anda boleh mengawal amaran yang diberikan olehnya.

uac

Masalah Kesesuaian Program

Hampir kesemua program yang saya gunakan dalam Windows XP, dapat digunakan dalam Windows 7. Namun beberapa program seperti Adobe AIR, Adobe Photosop, dan Oracle 10g tidak dapat dipasang. Oleh kerana Windows 7 masih dalam peringkat Beta, masalah ini memang biasa berlaku.

Namun, apa yang menghairankan saya adalah mengapa Windows 7 Beta tidak dapat mengakses partition yang dibuat oleh Windows XP dahulu, meskipun ianya berformat NTFS. Sekali lagi, mungkin kerana Windows 7 ini masih dalam peringkat Beta, jadi fungsi tersebut ditahan buat sementara waktu.

Edit: Kata Firdee di ruangan komen, dia dapat membuka partition lama macam biasa je. Ia juga mungkin berbeza pada komputer anda.

Akhir Kata

Seperti yang saya katakan pada awal entri ini, saya kagum dengan peningkatan yang ditonjolkan oleh Windows 7 Beta, baik dari segi antaramuka mahupun kefungsian yang lain.

Mungkin ada yang mengatakan Windows 7 meniru ciri-ciri yang ditampilkan oleh Gnome, KDE, mahupun OSX; dan realitinya tuduhan itu mungkin benar. Namun itulah dunia perisian, mana fungsi yang baik itulah yang diimplementasikan dalam perisian yang lain (ingat Firefox dan Opera), sekaligus menggalakkan persaingan dan meningkatkan kualiti.

Saya teruja untuk melihat lebih banyak lagi fungsi-fungsi dalam Windows 7. Malah bukan Windows sahaja, saya juga berminat untuk membuat liputan terhadap sistem pengoperasian (serta distro) yang lain seperti Ubuntu, Fedora, dan OSX. Cuma bab OSX ni, memang hanguslah poket saya nanti.

Jadi para pembaca Sembang Komputer sekalian, bersempena semangat Hijrah yang masih belum padam ini, saya ingin anda cadangkan, artikel apakah yang anda ingin lihat bagi tahun 2009 ini? Sila tinggalkan cadangan anda di ruangan komen ye :)

53 thoughts on “Windows 7 Beta – Pandang Pertama”

  1. 1st comment~~ :)
    sebenarnya K sendiri tak suka dengan konsep ribbon sebab besar.. dan tak minimalis.. tapi ada baiknya dengan ribbon, apa yang kita buat terus nampak dan tak perlu nak lalui treebytreebytree menu

    UAC pada vista memang dikutuk dan windows pelajari daripada itu dan taruk option. gud one

    dan K nampak windows cuba kurangkan tetingkap tapi lebih kepada tetingkap kecil daripada taskbar sahaja. macam wireless tu..

    dan pasal removal tu rasanya adaptasi daripada KDE. bagus la.

    satu je K nak tanya, pasal indexing search.. adakah dia masih macam search 4.0? yang kalau storan yang tidak diindex tidak boleh di search? K tak tahu dalam vista, tapi K guna dalam XP gitu la jadinya.. flash drive tak leh di search sebab belum diindex..

    1. @TMUkmkd, bagi aku Ribbon ni lebih memudahkan, sebab menu dah diasing-asingkan mengikut kategori.

      UAC ni ada baik buruknya. Sekurang-kurangnya option untuk tukar notifikasi tu kena godek-godek sket, kalau tak nanti semua orang akan disable notification tu, senang la virus dan trojan nak masuk.

      Pasal indexing search tu, tak pasti la plak. Aku kalau nak cari fail guna Everything je, lagu giler. Nak indeks pun tak sampai seminit. Tapi dia cuma boleh indeks NTFS, jadi pen drive pun tak boleh gak la.

  2. akhirnya…dapat gak ko download eh MK…gud gud…pasal partition win xp tu…kenapa saya boleh je akses tapi ko xleh eh?…maksud ko xleh akses tu camne eh?…mcm saya saya just format drive c utk install win 7 ni dan drive lain saya tak usik…bila dah siap install drive yg lain saya leh akses mcm biasa…

  3. cantik gak win7 ni ek..pas ni aku nk try…win7 ni dia nk spec pc yg tiptop mcm vista jgk ke mk? blh buat dual boot dgn xp x?kalau blh cmana caranya? ada sape2 tau x? leh kongsi2kan….kwn aku ada buat dual boot vista n xp.

    1. @ahmad, spec untuk Windows 7 ni takde la berat sangat macam Windows Vista. Tak silap, Netbook yang ada 512MB RAM pun boleh install. Kalau nak dual boot Windows 7 dengan XP, install je Windows 7 macam biasa, pada partition lain.

      1. win 7 ni ade fungsi resricted web ke? sbb aku x ske la fungsi ni, nk tgk web psl game pn x leh die block
        kau ade x cara2 nk hilangkan resricted web ni?

  4. saudara MK, saya dah cuba download…tapi setengah jalan website dah tutup….bleh saya copy daripada saudara?

    1. @s@wie, belum lagi la. Waktu install tu, biasanya dia dah install kan sekali driver untuk sound. Resolution untuh graphic lak ok je. Tapi pasal driver lain2 tu, tak keluar lagi.

  5. salam..bolehkah saya tahu bagaimana komputer di cyber cafe(C.C.) berfungsi…maksud saya bila kita download apa-apa fail dari internit pasti fail itu tersimpan didalam memory hardisc kan..kemudian bila kita restart komputer itu…fail yang kita download itu automatik hilang…bagaimana komputer ini di ‘setting’…

    1. @maliz, install macam biasa je. Boot PC melalui DVD yang dah burn tu. Tapi dia takbleh upgrade dari XP, kena buat clean install.

  6. apa beza kelebihan win 7 ngan vista?
    dari kelajuan??
    mudah??
    appearance???
    sistem?
    apa yg membuatkan ianya berbeza???

  7. mr. MK …kalau bole saudara masukkan link untuk download window 7,,saya rasa bukan saya sorang saje yang teringin nak download win7 kekawan yang lain pun samae jugak….terima kasih.

    1. @mezal: Download secara rasmi dari Microsoft dah pun ditutup, jadi buat masa sekarang memang tak boleh download dah.

    1. @kenny, dari segi interface memang lebih kurang je dengan Vista. Tapi dari sego prestasi, banyak peningkatannya.

  8. boleh tak sape2 punya windows saven punya file beri saya..
    kitak orang boleh letak kat mana2 web nanti saya download dari sana..
    or dalam web kitak org sendiri..kitak zip nya lok..pas tu saya download kat mane kitak orang letak folder tu…sy teringin sangat nak pakai nya…tq banyak2..tq..

    1. Salam,
      Saya dah cuba install Win 7 ni masalahnya:
      1)Anti virus
      2)Software lama termasuk office(ori)hilang
      3)masalah driver sbb Graphic card guna nvidia 9600
      4)BSOD
      Saya install upgrade dari Vista dan hasilnya masalah diatas. Bagi kaki game mungkin game tak boleh main.Dan seperti yang dikatakan memang ringan.Kita tunggu hingga microsoft keluar retail punya.
      Terima kasih.

  9. cm ner sy leh dapatkan dgn lbih detail ttg window seven,contohnya ttg pgurusan memory,pengurusan peranti,pengurusan file,senibina sistem

  10. Klau install win 7 beta ni sah smpai bile.klau win 7 sebenar dah kua nnti,win 7 ni bleh gune lg x?atau dh kene blok?

  11. Windows 7 slow ke…
    dia sesuai dgn pantium 4 x 3.06Ghz
    sbb aku tgk mcam best…
    kalau game windows xp and windows vista dia boleh msk ke…
    windows 7 original keluar kat pasaran bila….

    harap jwb soalan…sbb nk tgk cam mana ok ke x…he3..blas kat email saya…amin7_94@yahoo.com

  12. saya menggunakan Windows XP dan saya ingin tukar kepada windows 7. dan adakah driver yang saya gunakan pada windows XP boleh digunakan pada windows 7, harap dapat jawab comment ini dengan pantas.
    TQ……..

  13. askum MK……sy org bru kat sini,windows 7 yang sy guna kat laptop berjalan dgan beik, tetapi processor sy bekerja terlalu kuat … hinga 98%-100% straight..tapi RAM dah tambah ke 2GB tapi ada sesetengah program yang x bley nak bukak (hang)terutamanya antivirus..n satu lagi masalah,kenapa selalu neik (com surogate has stop working and need to close) …kenapa?……masalah software ke hardware?…….
    Harap MK boleh membantu……

  14. Ada siapa nak tahu cara download windows 7 ada dua cara cara 1 download sahaja dekat torrent cara 2 pergi kat filetube cari windows 7 ultimate 32bit atau 64bit update jan 2010 tetapi file tube ini under rapidshare mungkin ada juga adalam bentuk premium lain seperti mediafire, megauplood atau hotfile. Last aku check
    file ini dipecah 12 bahagian satu bahagian 200mb dan yang bestnya ia fully activate dan microsoft kasi lepas punya tanpa kata ia windows tiruan. aku mula pakai pada bulan 5 2009 iaitu dari beta satu sampai final version. op lupalah pulah semua driver auto dari graphic hingga sound tetapi, siapa pakai realtek sila dawnload driver untuk win 7 sebab win 7 tak auto yang satu ini sahaja ohlah! chau dulu!

  15. siapa pakai windows xp jangan risau hampir semua driver tak perlu bagi windows 7 sebab aku ada upgrade laptop member dari xp sp3 ke windows 7 yang bestnya sampi bluetooth device diapun auto bila aku buka device manager semua driver ada sampaikan nvidia driver pun dah install sendiri pendek kata windows 7 buat carian auto bagi semua peranti dan installkan hampir semua driver akku tak boleh install cuma sambung internet dan biar windows 7 troubleshoot cari driver kat net kau tak boleh windows 7 akan simpin perminitaan driver samapi ia jumpa driver update nanti dia kasi tahu sendiri! Biasanya semua peranti windows ada driver cuma software untuk peranti itu sahaja masalah sikit sebab printer aku punya software sampai xp sahaja! tetapi, printer boleh digukan di windows 7!

  16. pasal game aku tak risau sebab semua game xp dan vista aku boleh je main kat windows 7 sampai game virtua fighter 2 dan street fighter 2 pun boleh main kat windows 7!

  17. windows 7 ni ..cakap bagus bukanya bagus sangat …aku hanya tahu ..i ni x bbrp tau guna winsdows ni ,nak cari run pun x tau letak mana…ada sesiapa boleh tolong saya ke, i nak block website ni , tapi x tau mcm nak block ni , i hanya tahu buka local C lepas tu windwos lepas itu drivers thne klick etc .., buka file hosts ..tapi bila i taip laman web tu ..akhirnya ..tak dapat save file ..itula buat i sakit kepala , windows xp i cuba ok juga

  18. salam.. mintak tolong la pad asapa2 yang bleh bantu saya tentang windows ni…
    saya baru je beli laptop. kedai tu pasang windows 7 starter. syaa kompius la .. nak ubah my Deskop bagground xde plak.. lagi 1 movie maker pun xde.. nak wat camana ek???

  19. salam .. nak tanya .. saya baru install new gadget dari windows live gallery ,tapi kenapa saya tidak boleh buka gadget punya main page (right click > gadget) ?? boleh tolong selesaikan masalah saya ini ??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>