Penggunaan CD/DVD semakin kurang kini, dan USB drive merupakan media yang lebih mudah dibawa. Artikel pada kali ini akan menerangkan langkah-langkah ringkas untuk menyediakan USB drive anda dengan media pemasangan Windows 7 atau 8.
Muat-turun dan lancarkan Windows 7 USB/DVD Download Tool (walaupun namanya Windows 7, namun ia juga boleh digunakan untuk Windows 8).
Tekan ‘Browse’ dan pilih fail ISO bagi Windows 8. Tekan ‘Next’.
Pilih “USB Device” sebagai media pemasangan.
Cucuk USB drive anda pada komputer dan pastikan ia dipaparkan, kemudian tekan “Begin copying”
Proses menyalin fail ke USB drive bermula, tunggu sehingga proses ini tamat.
Apabila proses selesai, anda sudah boleh menggunakan USB drive tersebut untuk memasang Windows 7 atau 8.
Assalamuaalaikum , bang bole tumpang tanye ? installer window 7 nie pirate ke original nye ?
erm.. nk tnye… win8 mmg x ley same2 ngan os laen ke?? mcm ubuntu…
setahu saya ni boleh utk genuine windows sahaja…pirate xboleh..da try…
geli sangat korang ni.
software ni bukannya installer windows. ia hanyalah pemudah cara, selalu orang pakai cd, lani pakai usb je dah boleh.
Pingback: Cara Install Windows 8