Windows XP: Hiberfil.sys, Pagefil.sys Membebankan Harddisk

Ini adalah entri undangan dari en. NoktahHitam

Pernahkah anda tertanya, kenape drive C: nampak kecil, sedangkan file semuanya di drive lain? Mungkin juga anda tertanya, kenape Hiberfil.sys dan Pagefil.sys ni sangat besar pada drive C:? Apakah fungsi mereka?

Hiberfil.sys ini adalah file sementara ketika Windows XP sedang hibernate (atau idle). Ia wujud untuk menangkap gambaran system sebelum proses hibernate. Biasenye file ni sebesar 400Mb – 1.5 Gb .

Manakala Pagefil.sys ni pula adalah file sementara (Virtual Memory) Windows XP ketika ia sedang beraksi. Ini ‘kononnya’ dapat mempercepat lagi Windows anda. Lazimnya saiz file ini adalah 500Mb – 3 Gb.

Sebelum apa-apa, biar saya terangkan kenape file-file macam ni tak patut ada.

  1. Membebankan hard disk anda kerana saiznya besar
  2. Lambat untuk buka ‘My Computer’ atau ‘My Document’
  3. Hard disk anda akan cepat ‘kong’
  4. Space atau ruang ini dapat digunakan untuk file lain

Cara Nak Lupuskan atau Kurangkan Hiberfil.sys dan Pagefil.sys

Hiberfil.sys – Untuk Hibernasi

  1. Buka ‘Windows Control Panel’
  2. Double-klik pada ‘Power Options’
  3. Klik tab ‘Hibernate’, hilangkan tanda di kotak ‘Enable Hibernate Support’, kemudian klik ‘Apply’
  4. Restart komputer anda dan hiberfil.sys akan hilang secara automatik

Pagefil.sys – Untuk Virtual Memori

Jika anda mempunyai RAM yang besar, anda boleh menghilangkan file tersebut atau kurangkan saiznya

  1. Klik ‘Start’
  2. Klik kanan pada ‘My Computer’
  3. Klik ‘Properties’
  4. Klik tab ‘Advanced’
  5. Klik ‘Settings’ di bawah ‘Performance’
  6. Klik tab ‘Advanced’ kemudian ‘Change’
  7. Tukarlah mengikut kehendak anda.

Jika anda tidak berpuas hati dengan performance komputer anda, sila ulangi langkah-langkah yg disebutkan di atas.
Nota : Jangan main delete je Hiberfil.sys dan Pagefil.sys, nanti Windows XP jadi bengong.

FAQ :  Apa jadi kalau saya lupuskan kedua file di atas? – Hiberfil.sys, bagus kerana ‘Hibernate’ tidak begitu digalakkan. Lebih baik anda log off atau shut down ketika anda keluar makan tengah hari. Jimat elektrik. Pagefil.sys, komputer anda akan perlahan sedikit, tetapi anda akan berpuas hati kerana hard disk anda boleh digunakan lebih lama.

ps: Sila ajukan soalan kepada saya (NoktahHitam), sekian.

19 thoughts on “Windows XP: Hiberfil.sys, Pagefil.sys Membebankan Harddisk

  1. tp aku rase pagefil.sys tu penting gak tuk komputer yg berRAM rendah… satu lagi kegunaan pagefil.sys aku rasa la tuk main game ke… loading game ngan performance meningkat skit la… die lebih kurang cam OS Vista yg boleh ditambahbaikan dengan menggunakan thumbdrive sebagai RAM sementara… aku rase la.. aku merapu je ni.. harharhar…

      • tgk game ngan komputer spec gak.. aku rase la klu setakat nak boleh main game, ade grafik card ngan RAM 1 gig pun dah cukup… lagi pun RAM murah skrg ni.. selalunya yg buat OS ni lembap probably virus, background process yg banyak, tak pun startup berlambak-lambak… harharhar

  2. Pingback: Entri Pilihan Bulanan - Mac 2008 | SembangKomputer.Com

  3. pagefile.sys tuh takyah pakai pun takper..cuma kita disable nye macam yang diajar tadi(tapi user mesti ada 1GB ram dan keatas).so pc kita pakai RAM untuk jalan operasi.lagi laju sebab tak perlu tunggu hard disk buat kerje “resize”.sesetengah game kne enable pagefile (dalam hard disk) atas alasan tertentu. kalau letak pagefile dalam hard disk lain (selain dari hard disk yang terdapat windows) pun ok jugak.sebab hard disk yang ada windows tak perlu resize space untuk buat page file bile kita run program. hanya tugas tu dibuat oleh hard disk lagi satu.so performance up! (hard disk lagi satu tu lagi ok jika disambungkan pada controller berbeza (contoh: windows: primary master
    page file: secondary master

  4. 1. Klik ‘Start’
    2. Klik kanan pada ‘My Computer’
    3. Klik ‘Properties’
    4. Klik tab ‘Advanced’
    5. Klik ‘Settings’ di bawah ‘Performance’
    6. Klik tab ‘Advanced’ kemudian ‘Change’
    7. Tukarlah mengikut kehendak anda.

    ape maksud tukar ikot “kehendak”?saya xtau nak tukar ape la….explain cket

  5. setuju betul..lg baik buang ja 2 file sistem ni..dpt jimat kan ruang space ..then x yah la guna hibernate pasal sama ja gayanya..klu spec rndah bila log on..pc lmbat ja nak2 klu time nak hibernate guna grafik tggi huhu

  6. salam, saya scan laptop saya (complete system scan) dan ada warning 2 file tersebut (hiberfil.sys & pagefile.sys) tak boleh dibuka untuk discan. Ada unsur2 virus ke tu? TQ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">