Windows XP: Hiberfil.sys, Pagefil.sys Membebankan Harddisk
Ini adalah entri undangan dari en. NoktahHitam
Pernahkah anda tertanya, kenape drive C: nampak kecil, sedangkan file semuanya di drive lain? Mungkin juga anda tertanya, kenape Hiberfil.sys dan Pagefil.sys ni sangat besar pada drive C:? Apakah fungsi mereka?
Hiberfil.sys ini adalah file sementara ketika Windows XP sedang hibernate (atau idle). Ia wujud untuk menangkap gambaran system sebelum proses hibernate. Biasenye file ni sebesar 400Mb - 1.5 Gb .
Manakala Pagefil.sys ni pula adalah file sementara (Virtual Memory) Windows XP ketika ia sedang beraksi. Ini ‘kononnya’ dapat mempercepat lagi Windows anda. Lazimnya saiz file ini adalah 500Mb - 3 Gb.
Sebelum apa-apa, biar saya terangkan kenape file-file macam ni tak patut ada.
- Membebankan hard disk anda kerana saiznya besar
- Lambat untuk buka ‘My Computer’ atau ‘My Document’
- Hard disk anda akan cepat ‘kong’
- Space atau ruang ini dapat digunakan untuk file lain
Cara Nak Lupuskan atau Kurangkan Hiberfil.sys dan Pagefil.sys
Hiberfil.sys - Untuk Hibernasi
- Buka ‘Windows Control Panel’
- Double-klik pada ‘Power Options’
- Klik tab ‘Hibernate’, hilangkan tanda di kotak ‘Enable Hibernate Support’, kemudian klik ‘Apply’
- Restart komputer anda dan hiberfil.sys akan hilang secara automatik
Pagefil.sys - Untuk Virtual Memori
Jika anda mempunyai RAM yang besar, anda boleh menghilangkan file tersebut atau kurangkan saiznya
- Klik ‘Start’
- Klik kanan pada ‘My Computer’
- Klik ‘Properties’
- Klik tab ‘Advanced’
- Klik ‘Settings’ di bawah ‘Performance’
- Klik tab ‘Advanced’ kemudian ‘Change’
- Tukarlah mengikut kehendak anda.
Jika anda tidak berpuas hati dengan performance komputer anda, sila ulangi langkah-langkah yg disebutkan di atas.
Nota : Jangan main delete je Hiberfil.sys dan Pagefil.sys, nanti Windows XP jadi bengong.
FAQ : Apa jadi kalau saya lupuskan kedua file di atas? - Hiberfil.sys, bagus kerana ‘Hibernate’ tidak begitu digalakkan. Lebih baik anda log off atau shut down ketika anda keluar makan tengah hari. Jimat elektrik. Pagefil.sys, komputer anda akan perlahan sedikit, tetapi anda akan berpuas hati kerana hard disk anda boleh digunakan lebih lama.
ps: Sila ajukan soalan kepada saya (NoktahHitam), sekian.
Popularity: 29% [?]
Entri berkaitan
Komen
Komen dari Azhar Ahmad
Masa: March 22, 2008 pada 2:52 pm
Hummm…. defragment dia leh hapuskan benda nih kan… sama juga dengan [erisian clean cache yang lain kan?
Azhar Ahmad’s last blog post..Gula-gula Nakal
Komen dari melayubuntu
Masa: March 22, 2008 pada 3:25 pm
wah…dah ada penulis undangan nampak..
maju setapak kehadapan bro skrg..
bgs2..
melayubuntu’s last blog post..Beberapa Update Terkini!
March 22nd, 2008 at 10:00 pm
melayubuntu »
kudos to mr noktahhitam, kerna sudi membantu.. ^^
March 23rd, 2008 at 5:54 am
aku takde section untuk teknologi. Jadi sembang komputer ni mmg terbaik la utk aku.
Bahase melayu aku sangat berkarat (walaupun seorang melayu). Jadi aku akan terus memperbaiki kemahiran menulis dalam BM ini.
NoktahHitam’s last blog post..The House Helper Who Swept Under the Rug
Komen dari Ixora
Masa: March 23, 2008 pada 12:08 am
Miranda? erk~! Nampak sangat saya jahil teknologi.. haha
Ixora’s last blog post..Inside my….
March 23rd, 2008 at 5:55 am
Miranda ? Mane datang plak ni?
NoktahHitam’s last blog post..The House Helper Who Swept Under the Rug
March 23rd, 2008 at 8:29 am
hehe.. rasenye cik Ixora tersilap komen
mungkin dia bak komen kat post spim dalam ym tu, huhu
Komen dari susumasam
Masa: March 25, 2008 pada 10:29 pm
tp aku rase pagefil.sys tu penting gak tuk komputer yg berRAM rendah… satu lagi kegunaan pagefil.sys aku rasa la tuk main game ke… loading game ngan performance meningkat skit la… die lebih kurang cam OS Vista yg boleh ditambahbaikan dengan menggunakan thumbdrive sebagai RAM sementara… aku rase la.. aku merapu je ni.. harharhar…
March 26th, 2008 at 12:30 am
betul tu bro, kepade yg berRAM rendah, aku cadangkan kurang je Pagefile tu.
Tapi, kalau RAM rendah, bole ke korang main game? XP ni kalau ade 2Gb Ram, mmg cantik la.
NoktahHitam’s last blog post..Proton Perdana Replacement Model
March 26th, 2008 at 2:01 am
tgk game ngan komputer spec gak.. aku rase la klu setakat nak boleh main game, ade grafik card ngan RAM 1 gig pun dah cukup… lagi pun RAM murah skrg ni.. selalunya yg buat OS ni lembap probably virus, background process yg banyak, tak pun startup berlambak-lambak… harharhar
Pingback dari Entri Pilihan Bulanan - Mac 2008 | SembangKomputer.Com
Masa: April 1, 2008 pada 4:29 pm
[...] Windows XP: Hiberfil.sys, Pagefil.sys Membebankan Harddisk [...]
Komen dari faisal
Masa: July 17, 2008 pada 7:03 pm
pagefile.sys tuh takyah pakai pun takper..cuma kita disable nye macam yang diajar tadi(tapi user mesti ada 1GB ram dan keatas).so pc kita pakai RAM untuk jalan operasi.lagi laju sebab tak perlu tunggu hard disk buat kerje “resize”.sesetengah game kne enable pagefile (dalam hard disk) atas alasan tertentu. kalau letak pagefile dalam hard disk lain (selain dari hard disk yang terdapat windows) pun ok jugak.sebab hard disk yang ada windows tak perlu resize space untuk buat page file bile kita run program. hanya tugas tu dibuat oleh hard disk lagi satu.so performance up! (hard disk lagi satu tu lagi ok jika disambungkan pada controller berbeza (contoh: windows: primary master
page file: secondary master
Komen dari suryani
Masa: July 20, 2008 pada 5:24 pm
1. Klik ‘Start’
2. Klik kanan pada ‘My Computer’
3. Klik ‘Properties’
4. Klik tab ‘Advanced’
5. Klik ‘Settings’ di bawah ‘Performance’
6. Klik tab ‘Advanced’ kemudian ‘Change’
7. Tukarlah mengikut kehendak anda.
ape maksud tukar ikot “kehendak”?saya xtau nak tukar ape la….explain cket
Komen dari mikomiki
Masa: November 11, 2008 pada 12:47 pm
banyak sangat komen..saya jadi konfius mana satu saya nk ikut…pc saya pakai 2G ram..elok disable kew pagefile sys tu
March 22nd, 2008 at 5:44 pm
masalah di sini bukan nak delete file Pagefil.sys ni sekejap je. Tapi nak delete sampai bile2. Defrag tu delete sekejap je. Nanti ade balik
NoktahHitam’s last blog post..The House Helper Who Swept Under the Rug