Pada entri yang lepas, saya telah menerangkan dengan panjang lebar tentang cara-cara untuk memasang WordPress pada domain dan hosting anda sendiri. Ini merupakan cara yang manual. Jika anda inginkan cara yang lebih mudah, anda bolehlah menggunakan Fantastico De Luxe.

Nota: Bergantung kepada syarikat yang menyediakan hosting untuk anda, aplikasi Fantastico ini mungkin ada ataupun tidak. Semak dengan pakej yang beli dari syarikat tersebut terlebih dahulu.

Fantastico De Luxe akan menjalankan sebahagian besar proses pemasangan WordPress secara automatik. Anda tidak perlu download fail WordPress dan upload ke server, buat database dan sebagainya. Apa yang perlu anda buat hanyalah isi beberapa maklumat, dan blog WordPress anda akan siap sedia untuk digunakan. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menjalankan proses pemasangan WordPress melalui Fantastico:

  1. Buka cPanel anda (biasanya pada www.laman-web-anda/cpanel)
  2. Klik pada ikon Fantastico De Luxe.
    wordpress-fantastico-01
  3. Pilih WordPress dari menu yang terdapat di sebelah kiri.
    wordpress-fantastico-02
  4. Klik pada New Installation. Pilihan ini akan membawa anda kepada pemasangan WordPress yang baru.
  5. Isi maklumat-maklumat berikut:
    wordpress-fantastico-03
    • Install in directory: Direktori manakah blog anda akan dipasang. Contohnya jika saya isi ruangan ini dengan “blog”, alamat blog itu akan menjadi http://sembangkomputer.com/blog
    • Administrator-username: Username yang anda akan gunakan untuk masuk ke bahagian Admin pada WordPress.
    • Password: Password bagi akaun admin anda.
    • Anda juga boleh isi ruangan yang lain mengikut kemahuan anda, iaitu nickname, emel, nama blog anda serta keterangan ringkas mengenainya.
  6. Setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan, klik pada butang Install WordPress.
  7. Klik pada butang Finish Installation untuk memulakan proses pemasangan WordPress.
  8. Sekiranya semua berjalan lancar, Fantastico akan memaparkan mesej yang mengatakan pemasangan WordPress anda sudah berjaya. Anda kini sudah boleh mula melihat blog baru anda di alamat yang terlah ditetapkan tadi.

Nota: Entri ini diinspirasikan oleh Syam dari Aeropama.com, MK buat versi sendiri untuk melengkapkan siri membuat blog di SembangKomputer.com ^^

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

34 Responses


  1. mahsyar90 on 19 Aug 2008

    ini lebih simple dan tak memeningkan..haha
    tp menda ni ada beza tak dengan kaedah pemasangan yg sebelum ni?

    • MK on 19 Aug 2008

      @mahsyar90: tak ada beza sangat pun dengan pemasangan manual.. cuma kalau nak praktis upload guna FTP semua, guna la cara manual

  2. kujie on 19 Aug 2008

    Bagi newbie WP macam saya , penerangan ini cukup membantu.

    Saya ingin tutorial tentang upgrade WordPress 2.6

    • MK on 19 Aug 2008

      @kujie: okeh, cara-cara nak upgrade WordPress lak ye. InsyaAllah nanti saya akan pergi ke CC untuk buat tutorial ni

      • Mira on 20 Aug 2008

        Oh ye, saya dah try upgrade WordPress 2.6 Semuanya berjalan lancar cuma ada satu perkara je. Saya kehilangan kesemua categories so terpaksa la categorize balik for each post. Kenapa ye? =.=”

        • MK on 21 Aug 2008

          @Mira: oh, jadi cam tu lak ye? tatau la sebab saya tak upgrade lagi WordPress.

          tapi kalau awak nak categorize post secara batch, awak boleh guna plugin Batch Categories

  3. mahsyar90 on 19 Aug 2008

    thanks! :D

  4. aeropama dot com on 20 Aug 2008

    kool! ko berjaya terangkan proses pemasangan guna fantastico dengan lebih ringkas tetapi tepat.

  5. Elafyf on 21 Aug 2008

    mmg senang guna Fantastico..
    tp kalo nk update cmner??

    Entri terkini Elafyf: Get Socialized at Meez.com

    • MK on 21 Aug 2008

      @Elafyf: Fantastico boleh gak digunakan untuk upgrade blog, tapi itu kalau kita belum tambah apa-apa theme atau buat perubahan pada WordPress. lebih baik upgrade manual je

  6. mkhairul on 15 Sep 2008

    Bagi mereka yang menggelar diri sebagai developer. Menggunakan cara ni akan menghantui diri pada masa akan datang. Kalau dah reti install manually dan tau upgrade manually guna fantastico ni ok la.

    • MK on 16 Sep 2008

      @mkhairul: Betul2. Sama gak dengan install PHP server dalam PC. kalau dah pandai install PHP + MySQL manual, baru guna XAMPP ^^

  7. lochoe on 15 Sep 2008

    dah lama aku nak belajar mende macam wordpress ni, tapi cam takde masa je.. aku penin la bila masuk cpanel dia, x tahu mana nak start..

    sbb tuh aku lebih senang dngan blogspot.. walaupun mmg blogspot ada kekurangan sikit..cth, x boleh letak *dapatkan maklumbalas komen melalui emel /// bilala nak ada…

    tapi blogspot pun ada kelebihan.. senang submit sitemap, theme byk, mudah letak dlm ranking google.. customize pun senang nak mampus..

    aku rasa posting di wordpress macam susah je, dia punya WYSIWYG itu mcm pelik sikit..entah.. aku mmg buta wordpress.. onde day nanti.. mesti belaja..

    • MK on 16 Sep 2008

      @lochoe:
      cPanel tak banyak guna sangat sebenarnye.. toksah risau

      theme untuk wordpress lagi banyak aku rasa. tapi kalau nak customize, senang lagi customize blogspot.

      dalam blogspot, boleh je kalau nak letak “dapatkan maklumbalas komen melalui eme” tu. tapi tak guna sistem komen yang Blogspot nye la, guna yang third-party contohnya Disqus

      aku pun tak guna WYSIWYG editor kat WordPress, aku guna Windows Live Writer, lagi senang.. huhu

  8. tuantulis on 14 Nov 2008

    Maaf.. tumpang lalu.. nak bertanya pada yang tahu. Macamana nak tukar theme wordpress yang telah didownload (free punya). baru belajar buat blog ni.
    t kasih

    • MK on 15 Nov 2008

      @tuantulis: kat Dashboard, pergi ke bahagian Design > Themes.

  9. untungatasangin on 14 Nov 2008

    Aku difahamkan blog yang pakai WP.org lebih senang diindex SEO berbanding dengan Blogspot padahal kat Blogspot ader macam2 function untuk kita monetize blog Blogspot kita tuh.Kenaper ek?

  10. cyberfly on 14 Nov 2008

    kerana wordpess.org,kita bebas dan senang untuk mengawal fungsi SEO nya.Hanya gunakan plugin ataupn menukar permalink.ni apa yg aku fhm la..

  11. [...] Cubiex.com – Malaysia Affordable Domain and Web Hosting menawarkan pelbagai pakej web hosting mampu milik dan premium untuk individu serta syarikat [...]

  12. syafix on 15 Feb 2009

    data KL ade x Fantastico ni?
    klu nak install IPB ade option die x?

    ape beza upload sendiri ngan pki Fantastico??

    • MK on 15 Feb 2009

      @syafix, DataKL ada Fantastico. Takde beza sangat upload sendiri dengan pakai Fantastico, cuma Fantastico lagi mudah je. Tapi kalau nak belajar, upload je sendiri.

  13. blowie on 23 Feb 2009

    nk tnya,fantastico akn menggunakan wordpress yang paling latest ke?

    • MK on 24 Feb 2009

      @blowie, skang ni fantastico guna WordPress 2.7

  14. earnword on 21 Mar 2009

    yup. ini paling simple dan senang.

  15. [...] more: Install WordPress Terlalu Susah? Gunakan Fantastico Pindahkan Blog Dari Blogspot Ke WordPress 5 Plugin WordPress Yang Perlu Ada 7 Plugin WordPress [...]

  16. perosak on 05 Jun 2009

    nak tnya..klu just bli domain n then wat hosting kt local pc gner XAMPP bleh x..thanks

    • MK on 08 Jun 2009

      @perosak: Um, tak boleh buat camtu. Awak kena beli gak hosting sekali.

  17. [...] menggunakan software FTP untuk upload secara manual, anda juga boleh menggunakan Fantastico untuk membolehkan pemasangan pelbagai skrip secara automatik. Antara skrip yang disokong oleh [...]

  18. Syafie on 19 Sep 2009

    Camne nk install wordpress atas subdomain lak? bukan yang http://www.wp.com/blog tapi yang macam ni: blog.wp.com… camne ye? mintak tolong..

    • MK on 21 Sep 2009

      @Syafie: Sama gak, awak buat subdomain dulu pastu install WordPress (samada manual ataupun menggunakan Fantastico). Boleh rujuk di sini.

  19. Wan perlis on 28 Feb 2010

    baru ja beli domain dan hosting dari fivio.
    macam mana nak install wp guna direct admin?
    ada entri tentang ni lagi cun.
    budak baru belajar

  20. [...] Sembang Komputer – Install wordpress dengan Fantastico [...]

  21. bina on 24 May 2010

    post ini sangat berguna buat saya yang baru je langgan hosting. thanks juga buat kak kujie2 yg beri link ini

  22. [...] 3.  Install WordPress Terlalu Susah? Gunakan Fantastico. [...]


Tinggalkan komen anda