WordPress adalah sebuah platform untuk blog yang paling popular sekarang. Kebanyakan orang yang mempunyai domain dan hosting sendiri memilih WordPress kerana ianya sangat mudah untuk digunakan. Pelbagai plugin yang tersedia pula membolehkan anda memperkemaskan lagi blog anda dengan macam-macam fungsi.
Apabila anda telah selesai memasang WordPress (samada secara manual ataupun automatik), perkara seterusnya yang perlu dibuat adalah memasang plugin. Di sini, saya akan kongsikan 5 plugin WordPress yang paling popular dan berguna untuk anda.
Akismet
Akismet akan menguruskan spam iaitu komen-komen sampah yang masuk ke dalam blog anda. Plugin ini telah sedia ada bersama pemasangan WordPress.
All in One SEO Pack
SEO adalah penting untuk blog sekiranya anda mahu blog anda popular. All in One SEO Pack membantu blog anda agar mudah untuk muncul dalam enjin carian seperti Google dan Yahoo.
Google XML Sitemap
Google XML Sitemap akan membuat sitemap, iaitu senarai bagi semua artikel dalam blog anda. Sitemap ini membantu enjin carian seperti Google dan Yahoo untuk mengetahui setiap kandungan dalam blog anda.
WP Super Cache
WP Super Cache akan membuatkan blog anda muncul dengan pantas. Para pembaca pastinya akan gemar berkunjung ke blog anda selalu.
WordPress Database Backup
WordPress Database Backup membuat salinan bagi semua data dalam WordPress anda. Salinan ini adalah sangat penting sekiranya blog anda ditimpa masalah.
***
Apa yang telah disenaraikan di atas adalah plugin paling asas yang perlu anda pasang dalam WordPress anda. Semuanya berfungsi untuk menguruskan hal-hal yang kritikal seperti kedudukan blog anda dalam enjin carian, kelajuan blog, serta backup bagi data-data.
Dalam entri akan datang, saya akan menyenaraikan lagi pelbagai plugin WordPress yang akan menambah blog anda dengan ciri-ciri yang baru.
Anda juga boleh lihat senarai 7 plugin WordPress yang akan menjadikan anda lebih produktif dalam menulis blog.
ko asyik cerita pasal wordpress jer kan..kesian kt orang lain yg guna blogspot…hehe
Mk citer psal wordpress, ko cite lak detail pasal blogspot, orait? ha ha..
@|1f34|-|1r3: takpe.. edisi akan datang aku nak citer pasal blogspot gak, sebab aku nak bukak blogspot gak nanti.. ^^
wp r bess hehe….
akismet & wordpress database backup memang dah ade, so dah kurang dua tu.. tambah lagi dua la.. nak tengok juga sembangkomputer pakai plugin apa lagi =)
@emptyspace: oh, nanti memang aku bagi lagi plugin2 yang aku guna suma..
thanks MK… good info…
aku pakai super cache, akismet sama google sitemap generator.. he he =) lg dua tu mcm x berkenan kat hati.. tp plugin yg bagus..
*selamat hari raye!*
@Mohd Ismail: abis tu ko tak pakai plugin untuk backup ke? backup penting wei.. klu data ilang, takde backup, mau nye menangis aku.. huhu
Selamat Raya ^_^
MK, plugin backup tu kan ke dah mmg ade…
Bgusla bnde gni nk tnye ni kalo tlis dalam laporan industri IT diorang terima perkara2 mcm ni?
@Shafiq: laporan industri IT? ke laporan latihan industri? um, kalau nak copy benda2 camni ke dalam laporan LI.. kena pandai2 tukar ayat agar tak nampak “blog” sangat, dan lebih berbunyi “laporan” yang biasa. er, faham2 la ye, hehe
wp databse backup bergantung pada server gak utk pastikan ia berfungsi. macam hosting aku, plugin ni tak boleh berfungsi sbb hosting provider tak bagi certain benda di akses oleh plugin ni atas alasan keselamatan
kerek gile hosting yg ko pakai tu.. hosting ape? keselamatan pemenda.. exabytes tak kisah pon………
@sham: itu tandanya kena tukar hosting le, uhuhu
@aeropama dot com, hehehe. kerek nye hosting ko. kerek lg hosting lama akoo!
nk tanya:
WordPress Database Backup tue kan. let say kita dload ke comp. pastu kalo nk restore dia cane?
@Extremist Thinker: sorry, bz. um, aku tengok dulu. nanti aku reply balik kat entri ni (sori, tersangat la sibuk dengan kerja di ofis)
nape x reply nie cik MK
oke. cuba ajar akoo backup kat phpmyadmin dlu. xreti akoo (btol x tipu nie). spnjg akoo tls kat wp… xpenah akoo bckup db kecuali backup artikel dari dashboard wp tue je. tue yg hancur lebur.
bz lg ke tuan rumah? huhu!
[...] more: Install WordPress Terlalu Susah? Gunakan Fantastico Pindahkan Blog Dari Blogspot Ke WordPress 5 Plugin WordPress Yang Perlu Ada 7 Plugin WordPress Untuk Memudahkan Kerja [...]
thanks atas tip n info, sangat berguna bagiku krn baru belajar.
nice inpho … search enggine mengantarkan aku kesini … tnaks share pluginnya … salam kenal …
waa… info yang bagus neh.. thanks a lot!