Jika anda ingin belajar PHP, cara paling mudah untuk bermula adalah dengan memasang XAMPP. XAMPP merupakan pakej Apache beserta komponen seperti MySQL dan PHP. Biasanya anda perlu memasang komponen-komponen tersebut satu-persatu, namun dengan XAMPP semuanya tersedia dengan satu pemasangan sahaja.
Dengan XAMPP, anda juga boleh memasang WordPress, Joomla, ataupun Drupal pada komputer anda. Ia berguna jika anda ingin menguji laman web pada komputer anda terlebih dahulu sebelum melancarkannya pada URL yang sebenar di Internet.
Hanya muat-turun XAMPP (pilih Installer) dan pasang seperti biasa. Apabila siap dipasang, mulakan XAMPP Control Panel dan tekan butang Start pada Apache dan MySQL untuk memulakan pelayan Apache anda.
Buka pelayar web anda dan pergi ke http://localhost. Ta-da! Anda akan dipersembahkan dengan laman web XAMPP yang telah tersedia.
Segala fail laman web terletak dalam folder xampp/htdocs. Anda boleh membuang fail-fail ini dan menggantikannya dengan pemasangan WordPress, Joomla, Drupal dan sebagainya.
Sebagai contoh, jika anda ingin memasang WordPress pada pelayan komputer anda, muat-turun WordPress dan extract ia ke dalam folder htdocs. Kemudian anda sudah boleh memulakan pemasangan WordPress di http://localhost/wordpress.
Terdapat banyak sumber untuk belajar PHP dan MySQL seperti w3schools dan tizag, selamat mencuba!
salam boleh x bagi penerangan yg detail mengenail topic ‘Gunakan XAMPP untuk memasang WordPress, Joomla, dan Drupal pada komputer anda’ dan adakah ini digunakan untuk membuat database setelah membina website.
boleh xtunjukn cara-cara untuk membuat database yang simple dengan mengunakan access dan vb.net 6.0
terima kasih
Salam MK,
kalau bleh la… tutorialkan skali la WP dalam localhost… supaya bleh applikasi dalam intranet di opis… :-)
Kat atas ni lah tutorial untuk pemasangan wordpress pada localhost.
salam, boleh tak next time tuan terangkan mengenai winrar?
Salam MK, teman dah pasang webserver tapi bukan xammp. teman pasang wamp + wordpress, Alhamdulillah berjaya.
cuma, bila surf drpd pc lain dalam LAN, CSS fail. hanya kuar tulisan saja. mcmn nak solve problem ni.
terima kasih.