xNeat Windows Manager: Uruskan Desktop Anda

xneat-ico xNeat Windows Manager adalah aplikasi yang boleh menambah pelbagai fungsi kepada desktop. Dengan XNeat, anda boleh sorok mana-mana program yang berjalan dalam komputer, ataupun letakkannya di system tray. Anda juga boleh jadikan satu-satu program separa lutsinar, macam Winamp.

Setelah install XNeat Windows Manager, anda boleh gunakannya terus dengan right-click pada mana-mana program di taskbar. Anda boleh lihat menu yang dipaparkan, seperti berikut:

xneat-01

Seperti yang anda lihat, beberapa menu telah ditambahkan iaitu Transparency, Send To Tray, Hide Window, dan Make On Top. Fungsi-fungsi menu ini adalah seperti berikut:

  • Transparency: Menjadikan window tersebut lutsinar.
  • Send To Tray: Window akan diletakkan di system tray, supaya memberi lebih ruang kepada taskbar.
  • Hide Window: Window akan terus disembunyikan samada dari taskbar atau system tray.
  • Make On Top: Window akan kekal di hadapan desktop meskipun program lain sedang aktif.

Selain dari right-click pada taskbar, anda juga boleh mengakses menu XNeat Windows Manager dengan menekan Win + Space. Menu ini juga perlu sekiranya anda ingin mengembalikan sebarang window yang telah disembunyikan.

xneat-02

Satu fungsi yang tidak terdapat dalam menu adalah menyusun taskbar. Ini adalah fungsi kegemaran saya. Sewaktu bekerja, biasanya saya terpaksa membuka banyak aplikasi. Ini menyebabkan taskbar saya penuh dengan program. Adakalanya saya perlu menyusun kembali program-program ini agar nampak lebih kemas dan lebih senang saya bekerja. Dengan XNeat, anda boleh terus tarik mana-mana taskbar dan susun, sama seperti fungsi tab dalam Opera dan Firefox.

xneat-03

Biasanya, saya lebih gemarkan aplikasi kecil yang khusus untuk satu tugas tertentu, berbanding aplikasi yang mempunyai pelbagai fungsi dimuatkan. Namun xNeat Windows Manager merupakan satu pengecualian, kerana kebanyakan fungsinya memang berguna, malah penggunaan memorinya juga rendah. Anda boleh download xNeat Windows Manager di sini.

[via FreewareGenius]

13 thoughts on “xNeat Windows Manager: Uruskan Desktop Anda

  1. knape dalam google toolbar tu ada satu button tu …memaparkan , ’14 blocked’ & kdg2 tukar ke ‘popup okay’ maksudnye..komp. ni dah kena virus ke????? t.k

    • @adidil, saya tak pasti lak sebab saya tak pasang Google Toolbar. Tapi biasanya toolbar2 macam Google Toolbar, Yahoo Toolbar, Winamp Toolbar ni memang tak elok sangat pun, lebih baik jangan guna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">