-
Di sesetengah tempat (terutamanya di pejabat kerajaan), Yahoo Messenger di-block daripada digunakan. Ini menyebabkan klien multi-IM berdasarkan desktop seperti Miranda IM dan Digsby juga turut dihalang daripada log in ke dalam akun Yahoo Messenger.
Dalam keadaan seperti inilah saya akan menggunakan klien multi-IM yang berdasarkan web, kerana ia dapat log-in ke dalam apa-apa jenis IM tanpa sebarang masalah. Ia juga mudah diakses dan tidak memerlukan sebarang proses install. Klien multi-IM berdasarkan web ini termasuklah:
imo.im
- Antaramuka yang sangat ringkas dan kemas.
- Fungsi link accounts untuk mengingat kesemua akaun IM anda, tanpa perlu register apa-apa akaun lain di imo.im.
- Mempunyai fungsi untuk menghantar fail, video chat, serta chat.
- IM yang disokong termasuklah MSN, Yahoo, ICQ, Google Talk, MySpace, Skype, dan Facebook.
- imo.im juga mempunyai klien desktop yang boleh anda download sekiranya anda tidak mahu menggunakan browser.
Meebo
- Antaramuka yang sedikit lambat.
- Mempunyai fungsi group chat.
- Boleh mengingati kesemua akaun IM anda, namun anda harus mempunyai satu akaun Meebo terlebih dahulu.
- Boleh menyimpan log perbualan anda serta boleh menghantar fail. Memerlukan akaun Meebo.
- Segala perubahan pada Settings juga memerlukan anda mendaftar akaun Meebo terlebih dahulu.
- IM yang disokong termasuklah MSN, Yahoo, ICQ, Google Talk, MySpace, Skype, Facebook, dan banyak lagi.
- Meebo menyediakan pelbagai fungsi dan aplikasi yang lain, namun saya fikir ianya terlalu banyak (dan agak berat) untuk keperluan saya.
eBuddy
- Antaramuka yang agak berat dan lambat.
- Tetingkap perbualan adalah disusun secara tab, dan bukan secara tiles seperti imo.im dan Meebo.
- Boleh mengingati kesemua akaun IM anda, namun anda harus mempunyai satu akaun eBuddy terlebih dahulu.
- Mempunyai fungsi video chat (memerlukan akaun eBuddy) dan group chat.
- IM yang disokong termasuklah MSN, Yahoo, ICQ, Google Talk, MySpace, Skype, dan Facebook.
- Apabila anda menggunakan eBuddy, rakan-rakan anda akan melihat ikon eBuddy sebagai avatar anda.
- Meskipun fungsi eBuddy lebih terhad berbanding Meebo, namun ianya lebih berat dan lambat untuk digunakan.
Daripada tiga servis di atas, saya paling menyukai imo.im kerana ia sangat ringkas, pantas, dan mudah digunakan. Sesuai sebagai pengganti sementara bagi klien IM saya.



HISHAM14/10/2009 at 11:19 am
MK,
Jabatan aku lg terer la.Habis sume web seperti diatas dah pun selamat diblock.YM melalui email pun x bleh gak.
Ade care lain ke? hehehe!
Balas Komen
MK
October 15th, 2009 at 8:58 am
@HISHAM: Huhu, tak dapek nak tolong dah. Gunakanlah Google Talk, alternatif yang lebih baik, hahaha.
Balas Komen

badakbiru14/10/2009 at 12:01 pm
haah MK….camno tu kalo sume di block gak..? huhuh..busan seh asyik keje je….
Balas Komen
MK
October 15th, 2009 at 8:57 am
@badakbiru: Kalau semua pun kena block, satu-satu cara untuk mengatasinya adalah, bawak broadband sendiri… huhu.
Balas Komen

fadsleparkour14/10/2009 at 2:06 pm
salam ..cuba guna tu ultrasurf..
Balas Komen
MK
October 25th, 2009 at 8:54 pm
@fadsleparkour: Yup, UltraSurf memang berkesan sebagai proxy. Cuma kalau guna proxy, sistem intranet tak boleh diakses pulam tak dapat nak buat kerja kalau camtu. Huhu.
Balas Komen

phoenix9014/10/2009 at 3:30 pm
memang kt tmpat aq stdy nie YM kna block..memang marah dak2 len.
tp aq xrisau coz aq guna proxy lecterer..semua username & password lecterer aq tawu.. :>
Balas Komen

aisyahkama14/10/2009 at 6:06 pm
yup. try guna ultrasurf, even kena block pun still boleh pakai. tapi, if diorg block jugak ultra surf, tataw laa den nak ckp ape. huhuhu.
ps; nice entry.
Balas Komen
cyberfly
October 14th, 2009 at 7:34 pm
@aisyahkama, pakai la hostspot shield dan lain-lain alternatif vpn. Macam uitm ni mmg ultrasurf dah kena block.
Balas Komen
MK
October 15th, 2009 at 8:55 am
@cyberfly: Huhu aku sendiri pun tak reti menatang2 vpn ni. Sila buat entri kat JomPHP eh, nak tau gak ^_^
Balas Komen
MK
October 15th, 2009 at 8:55 am
@aisyahkama: Thanks ecah :P
Balas Komen

Kujie14/10/2009 at 7:47 pm
yg tak kena blok pn tak terbuka YM…. :p
dah melepasi zaman dah kot
Balas Komen
MK
October 15th, 2009 at 8:54 am
@Kujie: Dulu zaman Kak Jie bukan MiRC ke, huhu.
Balas Komen

aura314/10/2009 at 9:37 pm
good info tq,mintak izin tuan tanah..saya RSSkan ke Blog saya http://aura3.blogspot.com
Balas Komen
MK
October 15th, 2009 at 8:53 am
@aura3: Ok, terima kasih sebab datang berkunjung :)
Balas Komen

safar14/10/2009 at 10:21 pm
semua kena sekat payah ni.nanti klien marah bagaimana.
pejabat aku tak sekat pun.tiada siapa pakai internet.
Balas Komen

k.haz15/10/2009 at 12:35 am
btl lah MK pakai imo.im ni lbh ringan,,biasa aku pakai meebo ngan ebuddy jer,,tp imo.im nie xde icon ke??
Balas Komen
MK
October 15th, 2009 at 8:50 am
@k.haz: Maksud ko, avatar yang jadi profile picture tu ye? imo.im ni akan guna gambar yang dah setting awal2 kat IM masing-masing, jadi tak perlu nak setting yang lain dah.
Balas Komen

acapz15/10/2009 at 11:49 am
aku ske gne miranda im. open source yg gmpk. leh tukr2 thme. smart woo. terbaik!. haha.
Balas Komen
MK
October 25th, 2009 at 8:55 pm
@acapz: Miranda IM memang terbaik. Sangat ringan dan minimalis ^_^
Balas Komen

arek15/10/2009 at 12:52 pm
hahhha..opis aku sume kne, kalo blog pn kne blok abis laa
Balas Komen

alone16/10/2009 at 12:58 pm
wah. banyak alternatif rupanya selama ni! =p
Balas Komen

joiyce16/10/2009 at 4:21 pm
nasib baik company aku tak block semua ni ..kalau tidak ..mmg matilah saya ni ..tak dapat aku chat chat lagi ..kalau benar benar blok .hehhe .ada satu cara lagi ..guna saja google talk …paling senang aje
Balas Komen
MK
October 25th, 2009 at 8:56 pm
@joiyce: Google Talk memang terbaek! Tapi kebanyakan member aku semua guna YM, terpaksa gak aku on YM sekali, uhuh =.=
Balas Komen

beliamuda17/10/2009 at 11:06 am
selalu buka ebuddy… version mobile… online kat hp time tenet tak leh nak guna..
Balas Komen
MK
October 25th, 2009 at 8:56 pm
@beliamuda: Best ah HP boleh online. HP aku ni cikai2 je, haha.
Balas Komen

Cara Buat Blog21/10/2009 at 12:00 pm
Di pejabat saya pun kena block. Kalau dah kena block, mungkin boleh cuba ni pula…. http://www.koolim.com/
Balas Komen
MK
October 25th, 2009 at 8:58 pm
@Cara Buat Blog: Terima kasih atas cadangan tu :)
Balas Komen

conz29/10/2009 at 2:12 pm
kalau sume2 kene block.nak pakai ape
Balas Komen
MK
October 31st, 2009 at 12:37 pm
@conz: Kalau semua pun kena block, bawak la broadband sendiri :D
Balas Komen

conz29/10/2009 at 2:16 pm
kalau goment memanglah kene blok sbb MAMPU dah keluar perkeliling tentang chat2 ni
Balas Komen
MK
October 31st, 2009 at 12:40 pm
@conz: Betul2, member aku ada sorang dapat keje kat MAMPU. Nanti aku nak tanya kat opis dia block ke tak YM :p
Balas Komen