Dapatkan Tiket Percuma Ke Youth’10 – Festival Belia Terbesar Di Malaysia!

Festival belia terbesar di Malaysia kembali lagi dengan lebih dari 100 acara yang akan dilangsungkan. Festival yang bertempat di menara PWTC Kuala Lumpur ini sepanjang tiga hari dari 28 hingga 30 Mei 2010.

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Youth’10 Conferences di mana personaliti-personaliti terkemuka tanahair seperti Dato’ Rocky Bru, Paul Moss, dan Fara Fauzana akan hadir untuk berkongsi pengalaman dan kisah kejayaan mereka.

Tidak lupa juga konsert yang melibatkan stesen radio terkenal Hot FM, One FM, dan Fly FM; menampilkan artis-artis popular seperti Azlan & The Typewriter, Bittersweet, dan Suki.

Pelbagai pertandingan dan aktiviti boleh anda sertai untuk memenangi wang tunai yang lumayan, termasuklah Battle of the Bands, Basketball Challenge, Futsal Championship, Extreme Street Dance Challenge dan Foosball Tournament.

Harga tiket adalah RM 20 bagi kesemua acara, dan RM 5 jika tidak termasuk Youth’10 Conferences. Namun anda boleh mendapatkan tiket ke semua acara secara percuma dengan menempahnya di laman web Youth10. Jumpa anda di sana!

4 thoughts on “Dapatkan Tiket Percuma Ke Youth’10 – Festival Belia Terbesar Di Malaysia!

  1. assalamualaikum,,,aku jadi belia terhormat la sekarang,,,berada di alam Hawaii,,,

    aku sedang kelaparan di ceruk2 kemiskinan,,,aku nk mintak korang bagi kerja kat aku la,,,,hehehe,,jgn plak bg kuli batak plak…

    see you all,,,chaiyoook…

  2. Pingback: Tweets that mention Dapatkan Tiket Percuma Ke Youth’10 – Festival Belia Terbesar Di Malaysia! | Sembang Komputer -- Topsy.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">